Hanya sekadar mitos sahaja, makan pedas, biji buah atau sayur dan sebagainya akan menyebabkan radang apendiks. Sebenarnya tak kira sesiapa pun sama ada makan makanan seperti itu atau tidak, boleh berpotensi untuk mendapatkan radang apendiks.
Punca Sebenar
Seperti namanya, ia bukanlah sejenis penyakit, tetapi radang apendiks (appendicitis) ialah satu keadaan yang menyebabkan pundi apendiks (vermiform appendix) tersumbat.
Pundi apendiks menjadi tersumbat bukan disebabkan oleh makanan tetapi bukaan apendiks untuk sekum tersekat. Sekatan ini akan mengakibatkan lendir menjadi tebal dalam apendiks atau serpihan najis keras dari sekum termasuk ke pundi apendiks. Jadi, inilah punca yang sebenar.
Selain itu, ia juga boleh berpunca daripada jangkitan bakteria. Sering menyerang mereka yang berumur dari usia 10 tahun sehingga 30 tahun, jadi anda jangan berfikir anda tidak akan mengalaminya.
Cara Merawat
Bagi rawatannya, doktor akan memberikan pesakit ubat antibiotik untuk melegakannya. Jika tidak pulih dalam waktu yang sepatutnya, pembedahan akan dijalankan iaitu dengan membuang pundi apendiks. Pembedahan ini dikenali sebagai appendectomy di mana doktor akan melakukan dengan dua cara seperti membelah perut secara terbuka dan laparoskopi.
Laparoskopi ini adalah pembedahan perut yang menggunakan ukuran kecil dan memasukkan kamera untuk melihat ke dalam. Bergantung pada saiz tumor pada bahagian apendiks, jika terlalu besar, major operation akan dilakukan untuk membuangnya.
Jadi tak semestinya makan pedas atau biji-biji cili yang menjadi penyebab kepada apendiks. Untuk elakkan daripada apendiks berlaku, gaya hidup yang sihat perlu dipraktikkan. Selamat beramal!