Lelaki turn off perempuan yang suka dan kuat mencarut?
Ya memang ada pun lelaki yang tak berkenan langsung dengan perempuan yang non-stop mengeluarkan ayat makian di depan mereka.
Jangan kata orang lelaki, kita sendiri pun tak suka tengok orang yang suka mengeluarkan kata-kata makian di depan mata bukan.
Apatah lagi orang lelaki yang memang jenis tak boleh dengar langsung ayat-ayat caci maki di telinga mereka, confirm-confirm lelaki tersebut terus reject dan tak mahu jadikan perempuan seperti itu sebagai pasangan mereka.
Ini antara sebab lain kenapa orang lelaki turn off perempuan yang kuat mencarut!
Dianggap Tidak Mempunyai Sopan Santun
- Foto -Google
Kasar-kasar lelaki, mereka tetap mahu mencari pasangan hidup yang tahu adab dan sopan santun dan kalau dari segi bahasa dah keluar ayat-ayat tak elok. Dari 100 peratus nak jadikan perempuan tersebut sebagai pasangan, terus cut down jadi 30 peratus.
Perempuan Suka Mencarut Tak Matang
- Foto – Google
Orang lelaki ini kadang-kala nampak saja mereka macam tak kisah apa yang orang perempuan nak buat dalam kehidupan harian, tapi sebenarnya mereka pantau terhadap perempuan yang berpotensi menjadi suri hati dia.
Kalau setakat miliki rupa paras yang cantik tapi selalu keluar ayat caci maki, terus lelaki turn off nak kenal perempuan seperti itu dalam hidup mereka.
Dan menganggap perempuan yang suka menggunakan ayat makian seperti ini dalam kehidupan harian mereka, adalah perempuan yang tidak matang.
Potensi Besar Beri Pengaruh Buruk Pada Anak-Anak
- Foto – ABC
Ada juga lelaki yang masih boleh bersabar dengan sikap perempuan yang suka mencarut ini sebab apa, kerana orang lelaki percaya sebelum berkahwin nanti kekasih hati mereka akan berubah dan baiki perangai.
Tapi kalau masa jadi couple dan bertunang tak berubah juga, potensi untuk cancel majlis ada! Kerana mereka tak mahu perangai buruk si isteri beri pengaruh kepada anak-anak bila dah berkahwin nanti, jika perangai suka maki-maki tak berubah dari awal.
- Foto – Google
Orang lelaki taklah harapkan perempuan yang memang jenis kasar berubah menjadi lemah lembut macam puding, cuma dari segi bahasa biarlah cantik dan sedap mendengarnya.
Jangan suka sangat gunakan ayat-ayat cacian dalam kehidupan harian, dan cuba berubah cara pertuturan yang baik dan elok di dengar.
Diharap perkongsian hari ini memberi manfaat kepada semua, selamat beramal!