Rentetan daripada Macau Scam, pelbagai perkara yang muncul selepas itu. Terkini, isu pelacur kelas atasan di kalangan artis dan instafamous makin menjadi apabila individu yang terlibat dalam Macau Scam menjadi orang tengah.
Sumber Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan individu-individu yang terlibat sanggup menggadai maruah bagi mendapatkan duit dengan mudah. Dibayar daripada RM 20,000 sehingga RM40,000 semalaman semata-mata untuk melampiaskan nafsu golongan orang kenamaan.
Kegiatan pelacuran dikhabarkan telah lama berlaku dalam industri hiburan. Tambahan pula dengan situasi negara yang sedang hadapi sekarang, Covid-19 membuatkan mereka yang terlibat lebih giat menjalankan kegiatan tersebut.
Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, situasi Covid-19 dan peluang pekerjaan yang terhad membuatkan sebilangan artis terlibat dalam kegiatan itu. “Cabaran terbesar kita adalah media sosial. Mereka sanggup menjual diri bagi mendapatkan kemewahan secara mudah bagi dipamerkan di media sosial. Ini menimbulkan kecurigaan dan sekali gus menunjukkan yang mereka mungkin terlibat dengan perkara itu kerana kemewahan yang ditunjukkan itu tidak setara dengan pendapatan mereka”, ujarnya. Apabila perkara sebegini berlaku, ia boleh mencemarkan imej industri hiburan tanah air.
SPRM yang mempunyai senarai nama beberapa artis dan instafamous terlibat tidak akan didedahkan kepada umum. “Kita tidak akan menyebut siapa yang terbabit, tetapi siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya”, ujar SPRM.