Memandangkan sekarang kita dikehendaki menghabiskan banyak masa di rumah. Confirm pelbagai aktiviti sedang dirancang untuk dilakukan bersama isi rumah.
Sekiranya kamu merancang maraton filem seram dan mencari filem yang benar-benar seram, maka pertimbangkan filem “Sinister”, kerana kajian mendakwa filem ini adalah paling seram serta menakutkan sepanjang zaman.
50 Peserta Terlibat Dalam Kajian
Dalam kajian baru yang dilakukan oleh broadbandchoices.co.uk (melalui Forbes), yang berjudul “Science of Scare Project,” 50 orang dari pelbagai peringkat usia ditugaskan untuk menonton lebih dari 100 jam filem seram serata dunia.
- Foto – Poster
Dengan mengesan kadar jantung mereka, broadbandchoices dapat menentukan filem paling menakutkan 35 filem paling menakutkan pernah dibuat, dengan Sinister menduduki tempat teratas. Denyut jantung rata-rata adalah 65 denyutan seminit, dan semasa Sinister, ia meningkat menjadi 86 BPM.
10 Paling Seram
Melengkapkan senarai sepuluh teratas adalah, The Conjuring, Hereditary, Paranormal Activity, It Follows, The Conjuring 2, The Babadook, The Descent, dan The Visit. Pengarah tersohor James Wan score tiga filem dalam senarai, menjadikannya “king of horror.”
Sinister Ditayangkan Pada 2012
Filem arahan Scott Derrickson yang keluar pada tahun 2012 menampilkan Ethan Hawke sebagai seorang penulis novel Ellison Oswalt yang berpindah ke rumah baru bersama keluarganya. Siapa sangka ada benda mistik yang mengikuti mereka sekeluarga.
- Foto – Poster
Di loteng, Ellison menemui satu siri rakaman lama tentang kisah pembunuhan mengerikan. Ketika Ellison menggali lebih jauh misteri di sebalik video tersebut, dia tanpa sengaja menjadikan keluarganya sebagai sasaran makhluk tersebut yang seterusnya.
Trailer Sinister
Nak cabar adrenalin, tonton Sinister sekarang!