Sebelum ini memang banyak kes yang melibatkan salon yang menjalankan pembedahan kosmetik tanpa lesen di sosial media, dan terbaru seorang model wanita Malaysia salah seorang mangsanya.
Dipetik dari Hypemy, wanita jelita ini melakukan pembedahan kosmetik untuk menyiapkan diri sempena hari bersejarahnya nanti.
Tapi sayang belum sempat berbahagia bersama insan tersayang, nyawanya melayang gara-gara salon pembedahan kosmetik yang tidak berlesen ini.
Meninggal Tatkala Sedang Melakukan Pembedahan Liposuction
- Foto – Arkib Wanista
Model jelita bernama Coco Siew Zhi Shing ini melawat salon kecantikan di Cheras, untuk melakukan pembedahan liposuction (sedut lemak) di bahagian lengannya.
Difahamkan mendiang bakal berkahwin pada tahun hadapan, dengan teman lelakinya yang berada di Afrika Selatan.
Dan demi persiapan sebagai bakal pengantin Coco membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ini, tapi siapa sangka pembedahan yang sepatutnya membantu menyiapkan dirinya sebagai bakal pengantin bertukar tragedi.
Temui Salon Secara Dalam Talian
- Foto – Arkib Wanista
Menjadi bakal pengantin pastinya akan membuatkan mana-mana wanita berasa teruja untuk melakukan persiapan, dan apatah lagi persiapan untuk mencantikkan diri merupakan perkara penting bagi bakal pengantin.
Menurut abang Coco iaitu Xiao Mingan, menyatakan adiknya menemui salon tersebut menerusi dalam talian, dan kos pembedahan liposuction tersebut berharga RM2,500.
Tambah mengecewakan, salon tersebut sebenarnya tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan.
Sekilas Apa Yang Berlaku Pada Coco Sebelum Meninggal
Berdasarkan sumber daripada Hypemy, Coco melawat salon tersebut bersama rakannya pada hari Sabtu, jam 2.30 petang untuk melakukan pembedahan tersebut.
Menurut rakan Coco yang berada di tempat kejadian memaklumkan bahawa Coco menerima suntikan anaesthetic apabila pembedahan bermula, tetapi kemudian pakar bedah tiba-tiba kelihatan cemas dalam masa setengah jam operasi pembedahan berlangsung.
Melihat seperti ada yang tidak kena rakan Coco mula menghubungi ambulan dan terus kejarkan Coco ke hospital, tapi malangnya paramedik tidak dapat menyelamatkan Coco dan diisytihar meninggal dunia jam 5.00 petang.
Salon Tidak Mempunyai Lesen Pembedahan Kosmetik
- Foto – Arkib Wanista
Ahli keluarga yang mendapat berita kematian model jelita ini terus membuat laporan polis dan menjalankan siasatan latarbelakang terhadap salon ini, dan apa yang mengejutkan adalah salon ini didaftarkan sebagai penjual produk kecantikan secara borong di SSM.
Tambahan lagi, salon kecantikan ini juga tidak memiliki lesen untuk melakukan aesthetic dan pakar bedah yang melakukan pembedahan tersebut juga tidak memiliki sebarang lesen profesional.
- Foto – Arkib Wanista
Apa yang berlaku kepada Coco membuatkan ahli keluarga dan rakan Coco menyebarkan nasihat kepada wanita yang ingin melakukan pembedahan kosmetik, agar jadi lebih berhati-hati dan menyiasat dahulu sama ada salon atau klinik yang menawarkan perkhidmatan itu berlesan atau tidak.
Mereka tidak mahu apa yang berlaku kepada Coco berlaku kepada wanita lain. Takziah buat keluarga dan rakan terdekat Coco, rest in piece Coco.