Rasanya boleh dikatakan majoriti rakyat di Malaysia ini suka makan makanan McDonald’s betul tak? Dan ada juga golongan yang gemar makan makanan segera McDonald’s ini setiap hari, pendek kata hari-hari tak pernah skip makan.
Tapi adakah kamu tahu apa akan jadi pada diri kamu, kalau dah hari-hari makan McDonald’s? Kalau nak tahu jom selongkar jawapannya di bawah.
Mungkin Boleh Membuatkan Diri Jadi Kurus
- Foto – Arkib Wanista
Terdapat banyak perbincangan di kalangan pakar nutrisi mengenai isu ini, memakan McDonald’s setiap hari sebagai sarapan, makan tengah hari dan makan malam akan memberi kesan kepada tubuh.
Ada dikalangan individu yang mengamalkan gaya pemakanan McDonald’s setiap hari mengaku, dirinya berjaya turun berat badan.
Gaya Pemakanan Yang Mengundang Penyakit
- Foto – Eat This Not That
Meskipun ada yang mengaku diri mereka boleh menjadi kurus dengan gaya pemakanan sedemikian, namun ramai yang tak sedar perubahan lain yang terdapat dalam tubuh.
Individu yang makan menu McDonald’s setiap hari akan mengalami masalah kesihatan lain kerana tubub tidak dapat menyerap nutrisi makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Memusnahkan Bakteria Usus
- Foto – Arkib Wanista
Selain itu, dengan kerap memakan menu McDonald’s setiap hari, boleh menyebabkan bakteria dalam usus musnah dek kerana gaya pemakanan seperti itu.
McDonald’s mampu memusnahkan lebih kurang 1400 mikro bakteria dalam usus dan menyebabkan berlakunya impak antara mikro bakteria di dalam usus si pemakan makanan segera McDonald’s.
Menyebabkan Tubuh Cepat Berasa Letih
- Foto – Johns Hopkins Medicine
Antara kesan lain yang ditemui pada individu yang gemar memakan McDonald’s setiap hari adalah, tubuh mereka akan jadi cepat letih, lesu dan tidak bermaya.
Juga Menyebabkan Kesukaran Untuk Tidur
- Foto – Insider
Dah baring dan bergolek kiri kanan atas tilam tapi mata tetap juga susah nak tidur, atau lebih tepatnya tak dapat tidur dengan selesa dan ini semua berpunca daripada gaya pemakanan McDonald’s setiap hari.
Makan McDonald’s setiap hari akan menyebabkan tubuh mengalami masalah nutrisi yang tidak seimbang, lalu menyebabkan masalah sukar untuk tidur berlaku.
Sebab itu, gaya pemakanan seperti ini harus di ubah kerana ia hanya akan beri lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.
Bagi yang suka makan McDonald’s atau makanan segera lain setiap hari, dapat mengubah gaya pemakanan yang lebih sihat dan seimbang untuk menjaga kesihatan diri.