Dilancarkan sepenuhnya secara digital, KL Fashion Week (KLFW) menampilkan hampir 60 pereka fesyen dengan mesej utama iaitu kebangkitan dan kesinambungan. Sebanyak 15 episod yang bakal ditayangkan selama 3 hari di hurr.tv, bermula 11 November 2020 sehingga 13 November 2020 dengan 5 episod setiap hari.
KLFW terus mengembangkan landskap fesyen untuk Industri Fesyen Malaysia dengan mengadakan secara digital iaitu KLFW Digital 2020 yang mencerminkan komitmen berterusan.
Menerusi Encik Andrew Tan, pengasas KLFW, “Fesyen merupakan minat dan apabila seseorang kehilangan minatnya, industri tertentu pasti tiada lagi. Jadi, tugas kita adalah untuk menghidupkan kembali minat dalam fesyen dan mengingatkan orang ramai bahawa fesyen membawa impian, kegembiraan dan khayalan. Walaupun dunia dan negara sedang dilanda dengan penularan wabak, tetapi selagi orang ramai bersemangat dengan fesyen, industri akan bangkit kembali”.
Bakal menjadi minggu fesyen yang ikonik bagi pereka fesyen Malaysia kerana mereka perlu mentakrif semula house-code dan menyesuaikan inovasi pembuatan dengan perubahan sosial dan norma persekitaran yang baru.
Menerusi digital, bukan sahaja KLFW dan pereka bereksperimen dengan cara baru untuk mempamerkan koleksi mereka tetapi ia juga membolehkan penerokaan baru untuk peluang e-dagang.
Dilancarkan pada 9 sehingga 12 September Wardah Cosmetic menjadi salah satu nadi KLFW Digital 2020.
Ditubuhkan pada tahun 1995, Wardah merupakan jenama kosmetik halal yang pertama di Indonesia. Memperolehi populariti di kalangan wanita muda Indonesia, Wardah mengeluarkan beberapa jenis produk seperti alat solek, penjagaan kulit dan wangian yang dijual dari harga IDR 16,000 – IDR 667,000 (RM 4.50 – RM 188.75).
Menaja barangan kosmetik di KLFW iaitu Wardah INSTAPERFECT, produk ini sesuai kerana menjimatkan masa ketika menggunakannya. Rangkaian yang digunakan untuk KLFW Digital 2020 ini terdiri daripada Mineralight Matte BB Cushion, Spotlight Eye Pallete, Gloss Chic Lip Crayon dan Mattetitude Matte Stain Lipstick.
- Mineralight Matte BB Cushion
- Spotlight Eye Pallete
- Gloss Chic Lip Crayon
- Mattetitude Matte Stain Lipstick
- Mattesetter Lip Matte Paint
Memang sesuai sangat kalau digunakan semasa KLFW kerana ia pantas dan menjimatkan masa bagi makeup artist untuk menyolek model-model sebelum memperagakan pakaian para pereka fesyen untuk KLFW Digital.
Jangan lupa saksikan KLFW live secara ekslusif di hurr.tv dari 11 November 2020 sehingga 13 November 2020 dan dapatkan rangkaian Wardah INSTAPERFECT di Watsons.