“Retinol ini bagus kalau digunakan dalam rutin penjagaan kulit.”
Tapi anda tahu tak apa itu retinol?
Retinol merupakan fat-soluble daripada Vitamin A dan secara teknikalnya ia sejenis retinoid yang mempunyai beberapa variasi berfungsi pada tahap yang berbeza. Retinoid berfungsi dalam meningkatkan pengeluaran kolagen serta kadar penggantian sel kulit.
Kenapa perlu guna?
Retinoid yang dianggap sebagai gold standard untuk merawat penuaan dan jerawat. Dalam jangka masa penggunaan yang lama, retinoid membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin di dermin iaitu lapisan kedua kulit yang lebih dalam.
Siapa yang perlu guna?
Bermanfaat terhadap kesemua jenis kulit, tetapi ia lebih terkenal dalam kalangan mereka yang mempunyai kulit yang merengsa dan sensitif. Jika anda tidak mempunyai kulit yang sensitif, 0.05% kandungan retinol adalah baik sebagai permulaan, tetapi anda boleh menambah jumlahnya dari semasa ke semasa. Bagi mereka yang mempunyai jerawat yang serius, hanya doktor sahaja yang boleh memberikan preskripsi retinoid (adapalene atau tretinoin) yang lebih kuat.
Kesan sampingan
Retinol boleh membuatkan kulit anda menjadi kering, kemerahan dan mengelupas tetapi ini hanyalah kesan sampingan dalam mengubah sel. Ketika menggunakan retinol, anda perlu berhati-hati dengan penggunaan asid seperti AHA, BHA dan PHA.
Jika anda mendapatkan rawatan pengelupasan kimia dan laser, maklumkan kepada dermatologi supaya mereka sentiasa berhati-hati dan dapat membuat penilaian yang sesuai. Bagi mereka yang mempunyai jerawat dan pori yang tersumbat, jangan gunakan benzoyl peroxide dan retinoid secara serentak kerana ia tidak akan bertindak.
Bagaimana nak guna?
Gunakan serum Vitamin C dan retinoid pada setiap hari kerana ia berfungsi dengan tujuan yang berbeza dalam memberikan kulit yang terbaik untuk anda. Pada waktu pagi, gunakan serum Vitamin C kerana ia melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran dan matahari. Pada waktu malam pula, gunakan retinoid kerana ia membina kolagen dan bantu dalam memperbaiki kulit.
Berapa lama untuk keberkesanannya?
Keberkesanan retinol boleh dilihat sekitar empat hingga enam minggu dan bagi mereka yang mempunyai jerawat ia memerlukan sehingga 12 minggu secara sepenuhnya. Apabila anda menggunakannya untuk anti penuaan, dalam jangka masa pendek retinol bantu membersihkan liang dan membuang sel-sel kulit mati daripada permukaan wajah.
Sekiranya anda berhasrat untuk menggunakan retinol, lakukan sedikit penyelidikan dan study serba sedikit berkaitan dengan retinol dalam produk yang ingin digunakan.
Selamat mencuba!