Hari jadi tak lengkap kalau tak pakai pewangi kegemaran. Kebanyakan wanita tidak akan meninggalkan pewangi kegemaran mereka semasa keluar daripada rumah mahupun semasa bercuti.
Kenapa? Pewangi dan wanita merupakan rakan baik kerana bagi setiap wanita, mereka mempunyai pewangi kegemaran yang memberikan identiti kepada diri mereka.
Ada yang menyukai pewangi yang keras iaitu memberikan character yang bold, berani dan bersemangat. Tetapi ada yang menyukai pewangi yang lembut yang memberikan identiti kepada wanita yang lemah lembut, sopan dan girly.
Pewangi juga penting bagi wanita kerana ia dapat menyegarkan dan mengekalkan wangi pada badan untuk sepanjang hari. Jadi dah tak risau kan kalau rasa badan berbau di luar rumah kerana pewangi dapat menyelamatkan keadaan.
Jadi untuk para wanita yang sedang mencari pewangi baharu, Wanista akan bantu anda!
ESTEE LAUDER – Pleasures Eau de Parfum Spray
Wangian light floral yang memberikan kesegaran bunga selepas hujan pada musim bunga dengan top notes teratai putih, daun ungu dan daun hijau.
YVES SAINT LAURENT – Black Opium Eau de Parfum
Kopi dan vanila yang digabungkan bersama bunga oren, melati dan pir untuk memberikan aroma yang menggoda kepada si pemakai.
GUCCI – Bloom Eau de Parfum
Menonjolkan keaslian, daya hidup dan kepelbagian wanita, Gucci telah menampilkan ekstrak Jasmine Bud, Tuberose, dan Rangoon Creeper di mana wangian segar ini membangkitkan fantasi seperti berada di kebun yang dipenuhi dengan bunga-bungaan.
GUCCI – Guilty Pour Femme
Mempunyai aroma bunga yang dipenuhi dengan kekayaan dan bangsawan. Wangian tersebut mempunyai gabungan daripada Mandora, Bergamot dan Lada Merah Muda. Gabungan Patchouli Oils mendefinisikan aroma, manakala Patchouli Couer dan Patchouli oil Micro-Distillation serta i meninggalkan kesan wangian yang kekal.
CHANEL – Coco Mademoiselle Eau De Parfum Spray
Meninginkan wangian klasik moden, Coco Mademoiselle memberikan wangian daripada oren, melati, mawar dan vanila yang pasti menarik perhatian kepada si pemakai.
LANCOME – La Vie est Belle Eau De Parfum
Bagi wanita yang hidup pada zaman sekarang, wangian ini sesuai bagi wanita yang mempercayai kehidupan. Dengan bunga iris dan pudina yang berkilauan, wangian ini memberikan identiti keriangan pada si pemakai.
GUCCI – Flora Gorgeous Gardenia
Wangian yang sangat feminin ini merupakan gabungan bunga Gardenia yang pertama. Memberikan ciri-ciri wanita yang asli dan menarik perhatian, si pemakai akan merasai permulaan wangian dengan beri merah, bunga Frangipani dan aroma Patchouli dan gula merah.
GUCCI – Bloom Ambrosia
Mengembalikan wangian seperti di dunia kuno, Gucci Bloom Ambrosia di Fiori adalah wangian yang dicampurkan dengan Gucci Bloom eau de parfum yang asli. Diperhebatkan lagi dengan gabungan ramuan wangian bunga seperti Velvety Oris dan Damascena Rose yang menghasilkan identiti yang bersemangat.
GUCCI – Guilty Pour Homme
Aroma Fougère Aromatic, Gucci Guilty Pour Homme adalah ciptaan maskulin, gabungan Pink Pepper dan lemon Itali. Keseimbangan gabungan Orange Blossom Absolute, Neroli dan French Lavender manakala Patchouli dan Cedarwood memberikan kekuatan sensual dan tahan lama.
DIOR – Diorissimo Eau de Parfum
Ekspresi terbaru daripada Diorissimo Eau de Toilette, Diorissimo Eau de Parfum lebih kaya, dan lebih kuat wangiannya dengan bunga melati yang lebih dominan.
Setiap wangian mempunyai character tersendiri, anda perlu berhati-hati dan pilih wangian mengikut kesukaan dan identiti anda sendiri.