Debut pada tahun 2016, nama BLACKPINK semakin meningkat naik dalam masa yang singkat.
Mempunyai ahli-ahli yang berbakat menjadikan mereka kumpulan wanita K-pop yang tertinggi dalam carta Billboard Hot 100, mempunyai dua Guiness World Records dan menjadikan BLACKPINK kumpulan yang terkaya.
Selain daripada kerjaya muzik, BLACKPINK meraih pendapatan lain seperti tawaran sokongan jenama dan kolaborasi media sosial. Aura yang dibawa oleh kumpulan ini telah membuatkan jenama Samsung dan beberapa jenama dalam industri fesyen sentiasa menaja mereka.
Terkenal di seluruh pelusuk dunia menjadikan anggaran nilai kolektif kumpulan ini berjumlah $35 juta (RM145,197,500). Tetapi siapakah yang paling kaya dalam BLACKPINK?
LISA MANOBAN PALING KAYA
Rapper berusia 23 tahun ini merupakan ahli yang paling kaya dengan pendapatan sebanyak $10 juta (RM41,485,000). Menjadi ikon fesyen yang semakin terkenal, gaya fesyen Lisa telah menarik ramai perhatian ketika di Paris Fashion Week.
Menjadi duta kepada jenama terkenal Prada, Celine dan beberapa jenama lagi telah menjadikannya ahli paling terkaya berbanding Jisoo, Rosé dan Jennie.
Lisa turut menjadi bintang terkenal di Thailand apabila sering tampil dalam beberapa iklan di negara asalnya itu.
Selain daripada itu, Lisa juga mempunyai permainan video dan saluran YouTube sendiri, Lilifilm Official yang mempunyai 4 juta lebih subscribers.
ROSÉ, JENNIE DAN JISOO
Bagi ketiga-tiga ahli BLACKPINK ini, mereka mempunyai pendapatan sekitar $8-9 juta (RM 33,184,000 – RM37,332,000).
Mereka yang mempunyai pengikut yang ramai di media sosial dan mempunyai penampilan supermodel, telah membuatkan mereka mendapat tawaran sokongan yang sangat menguntungkan.
Rosé yang menjadi duta kepada YSL, sementara Jennie menjadi duta kepada jenama Chanel dan kecantikan Hera. Manakala Jisoo merupakan duta bagi Dior Beauty.
Kesenangan ahli kumpulan BLACKPINK ini boleh dilihat apabila mereka memberikan sejumlah besar pendapatan mereka kepada pengurus dan cukai, mereka tetap dapat menjalani kehidupan yang mewah.