Saban hari kenaikan mendadak penularan virus Covid-19. Keadaan ini memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Hal ini disebabkan kes yang berselerak.
Sehingga petang semalam, Rabu bersamaam 14 Oktober, jumlah kes Covid-19 dari Pusat Beli-Belah 1 Utama meningkat kepada 63 setakat ini.
Ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling (Petaling JPBD) Johary Anuar memberitahu bahawa 6,000 pekerja di pusat membeli-belah dan 110 pembeli telah diuji.
Daripada kes positif yang disahkan, 16 adalah pekerja pusat beli-belah itu sendiri. 44 pengawal keselamatan, sementara 3 kes lain dikesan dari pelanggan yang telah mengunjungi kompleks ini bulan ini.
- Pekerja pengurusan kompleks: 1 kes
- Pekerja kompleks: 15 kes
- Pengawal keselamatan: 44 kes
- Pembeli: 3 kes
“Memandangkan kenaikan mendadak dan saranan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, JPBD Petaling telah memutuskan bahawa pengurusan kompleks membeli-belah 1 Utama harus terus melakukan pengujian terhadap semua pekerja,” kata Johary.
1 Utama telah ditutup sejak 11 Oktober.