Belangkas merupakan menu makanan popular di negara-negara asia seperti China, Thailand, Jepun, Korea dan juga Malaysia.
Meski isi belangkas sedikit tetapi apa yang menarik minat dan selera kebanyakan penggemar makanan laut, adalah telur yang terdapat dalam belangkas betina.
Belangkas ini enak di masak dengan cara di panggang atau di bakar dalam ketuhar, dan rata-rata penggemar makanan laut sangat suka memakan hidangan berasaskan dari belangkas ini.
Tapi siapa sangka disebalik keenakan memakan hidangan haiwan laut ini, terdapat juga kes kematian dan menjejaskan kesihatan si pemakan. Jadi di mana silapnya, ikuti kupasannya di bawah.
Ketahui Jenis-Jenis Belangkas
Untuk menyelongkas apakah punca berlakunya kes kematian disebabkan pemakanan belangkas, kita hendaklah tahu jenis-jenis belangkas bagi mencari jawapannya.
Jenis Belangkas – Limulus polyphemus / Atlantic horseshoe crab – ditemui di sekitar perairan pantai Utara Amerika dan laut Atlantik.
Kegunaan – Darahnya digunakan bagi tujuan perubatan.
- Foto – Arkib Wanista
Jenis Belangkas – Carcinoscorpius rotundicauda / Mangarove horseshoe crab – ditemui di sekitar perairan laut India dan laut Pasifik di Asia.
Kegunaan – Tidak boleh di makan kerana mempunyai racun tetrodotoxin.
- Foto – Arkib Wanista
Tachypleus tridentatus / Chinese horseshoe crab – ditemui di sekitar perairan laut India dan laut Pasifik di Asia.
Kegunaan – Telurnya boleh di makan.
- Foto – Arkib Wanista
Jenis Belangkas – Tachypleus gigas / Indo-Pacific horseshoe crab – ditemui di sekitar perairan laut India dan laut Pasifik di Asia.
Kegunaan – Telurnya boleh di makan.
- Foto – Arkib Wanista
Maut Kerana Salah Makan Belangkas
- Foto – Arkib Wanista
Ramai yang tertanya-tanya mengapa berlakunya kes kematian kerana memakan belangkas, sedangkan ada yang makan belangkas tidak menghadapi kejadian sebegitu rupa.
Hal ini boleh berlaku kerana belangkas yang ditangkap itu sebenarnya dari spesis yang beracun dan bertoksin, sebab itu boleh berlakunya kes kematian dan krisis kesihatan pada si pemakan.
Belangkas Jenis Carcinoscorpius Rotundicauda Beracun
Untuk pengetahuan semua, diantara keempat-empat jenis belangkas yang terdapat di lautan yang sangat beracun dan memiliki kandungan toksin yang tinggi adalah belangkas jenis Carcinoscorpius Rotundicauda atau juga dikenali dengan nama Mangarove Horseshoe Crab.
- Foto – Arkib Wanista
Menurut jurnal perubatan “An Epidemic Of Tetrodotoxin Poisoning Following Of Horseshoe Crab Carcinoscorpius Rotundicauda”, yang disiarkan di laman web National Library of Medicine.
Menyatakan belangkas jenis Mangarove atau Carcinoscorpius Rotundicauda ini mengandungi toksin yang berbahaya kepada manusia dan racunnya boleh menyebabkan kematian.
Mengandungi Racun Tetrodotoxin Yang Membawa Maut
- Foto – Arkib Wanista
Belangkas jenis Carcinoscorpios Rotundicauda atau Mangarove ini, mempunyai toksin dan racun dalam badan dan telurnya dan boleh menyebabkan kematian jika memakan isi atau telur dari belangkas jenis ini.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan dalan jurnal “Poisoning From Eating Horseshoe Crab And Its Prevention And Treatment”, menyatakan ramai rakyat China diracuni dengan racun tetrodotoxin yang terdapat dalam belangkas jenis ini.
Struktur Cengkerang Yang Serupa Penyebab Salah Pilih Belangkas
- Foto – Arkib Wanista
Banyak kajian dan jurnal-jurnal penyelidikan menyatakan, salah satu sebab berlakunya kes kematian dikalangan pemakan haiwan laut ini adalah kerana tersalah pilih belangkas.
Rupa keempat-empat jenis belangkas ini sangat serupa dari sudut struktur cengkerangnya, kepala cengkerang yang separa bulat ini menyebabkan berlaku salah pilih dan salah makan belangkas.
Jadi kalau nak beli belangkas kena hati-hati dan perhatikan rupa bentuknya betul-betul sebelum beli, dan lihat bahagian bawah belangkas untuk ketahui jenis belangkas sama ada ianya dari jenis yang beracun atau tidak.