Cantik Bagai Bidadari, Lebih 6 Ribu Komen Foto Neelofa Yang Ini

Tak puas menatap foto Neelofa yang satu ini. Seperti ada sesuatu yang membuatkan kita tertarik dan mengeluarkan kata-kata indah bila melihatnya.

IKLAN

Mungkin aura serinya, teknik mekap, fotografi atau mungkin dia memang dah cantik menjadikan foto yang dikongsi Neelofa pada minggu lalu menerima lebih 6000 komen di laman Instagramnya.

Please take a look, tak in love ke tengok setiap inci rupa paras Neelofa yang manis ini?

Mekap

Neelofa menyarung persalinan biru ketika majlis pernikahan adik lelakinya dengan pilihan hati. Jadi untuk mekap Neelofa tampil dengan look natural yang ringkas, dirias eksklusif oleh MUA terkenal Khir Khalid.

Khir Khalid bermain dengan warna merah jambu dan pastel untuk riasan di mata, pipi dan bibir. Neelofa nampak muda remaja dengan solekan soft tersebut.

Teknik Fotografi

Satu lagi faktor menjadikan foto Neelofa ini menarik perhatian mungkin kerana teknik fotografi. Jurugambar profesional menggunakan pencahayaan lembut untuk mendapatkan shoot betul-betul sempurna.

IKLAN

Kalau pencahayaan buruk maka buruklah foto! Gunakan cahaya yang terang, semula jadi atau menapis gambar dengan kesan lampu untuk mendapatkan shoot ini.

Kulit Wajah Flawless

Foto yang cantik bila kulit wajah bersih dan bebas dari sebarang cela. Itulah kundi keyakinan, keberanian dan kebahagiaan seseorang. Bila kulit kita bersih, tak payah pakai mekap beria-ia cukup yang ringkas sahaja.

Foto ini menyerlahkan lagi kulit wajah Neelofa yang flawless, gebu dan lembut. Geramkan tengok.

Komen Pujian Selebriti Tempatan

Kerana cantik sangat, foto ini dibanjiri komen selebriti tempatan yang memuji wanita 31 tahun ini. Antaranya Aina Abdul, Rossa, Diana Amir, Catriona Ross dan beberapa lagi, masing-masing mengagumi kecantikan dan kemanisan Neelofa.

Foto – Instagram
Foto – Instagram
Foto – Instagram
Foto – Instagram
Foto – Instagram

Sesekali puji selebriti tempatan apa salahnya. Penulis bukan taksub tapi sekadar memuji keindahan Yang Maha Esa, Neelofa beruntung sangat.

Fesyen Neelofafoto neelofagambar neelofainstagram neelofaneelofaneelofa 2020neelofa cantikneelofa nak kahwin
Recommended