Makan bawang mentah memang ramai biasa buat tapi minum jus, macam pelik bunyinya.
Untuk pengetahuan anda, jus bawang telah menjadi ramuan popular segelintir masyarakat India bagi mendapatkan rambut cantik sempurna. Katanya ia bagus untuk meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
Tapi tahukah, satu cara berkesan dan mudah untuk menggunakan bawang bagi misi menurunkan berat badan adalah dengan mengambil jus bawang dan madu semasa perut kosong. Diyakini bahawa mengambil jus bawang dengan madu ketika perut kosong setiap pagi dapat menghilangkan lemak berlebihan dari seluruh badan, termasuk dari perut anda.
Madu, merupakan bahan sangat baik untuk menurunkan berat badan, kaya dengan sifat meningkatkan metabolisme.
Jadi, campuran ini benar-benar berfungsi sebagai ubat mujarab untuk menurunkan berat badan, jika diminum secara berkala semasa perut kosong.
Cara Nak Buat Campuran Jus Bawang Dan Madu
- Foto – Health
- Bawang besar (yang merah atau Holland, ikut suka)
- Air
- Madu
Pertama sekali, kupas dan potong bawang menjadi kepingan kecil. Masukkan bawang yang dipotong ke dalam mesin pengisar. Kisar sedikit, masukkan air dan gaul rata. Perah jusnya. Masukkan satu hingga dua sudu teh madu dan gaul rata. Jus bawang tersedia untuk digunakan.
Bawang tidak hanya baik untuk menurunkan berat badan, jus ini dapat memberikan pelbagai manfaat kesihatan lain juga.
Bagusnya Jus Bawang
1. Selain baik untuk bakar kalori, quercetin dalam bawang dapat mengurangkan keradangan dalam badan. Quercetin mempunyai banyak manfaat lain, mulai dari mengurangi gejala jangkitan pundi kencing, mencegah kanser, kesihatan prostat hingga menurunkan tekanan darah.
2. Kajian dari American Journal of Physiology menunjukkan bahawa quercetin dapat membantu merehatkan otot dan melegakan gejala asma.
3. Bawang adalah sumber pelbagai nutrien yang sangat baik seperti vitamin C, vitamin B-6, kalsium, serat, zat besi, folat, kalium, magnesium, dan fosfor, yang semuanya baik untuk kesihatan.
4. Serat dalam bawang melancarkan pencernaan dengan baik. Makan lebih banyak serat menjadikan anda kenyang lebih lama dan menahan rasa lapar, membantu anda makan lebih sedikit dan mengawal berat badan.
5. Bawang mengandungi sebatian sulfur yang memberikan banyak manfaat seperti menurunkan gula dalam darah.
6. Pengambilan jus bawang dengan madu menyembuhkan demam, selesema dan batuk dengan segera.
7. Pengambilan bawang secara berkala juga membantu menyembuhkan jerawat dan jangkitan kulit yang lain.
Selamat Beramal!