10 Perkara Wanita Harus Tahu Tentang Lelaki

Lelaki dan wanita, dua makhluk yang berbeza. Lelaki bila dikatanya ‘A’, maka ‘A’ la jawapannya. Walhal si wanita boleh berubah-ubah bergantung kepada emosi, perasaan dan mood. Yes, women can be complicated!

Walaupun lelaki mudah diduga, tapi wanita perlu juga mengenali isi hati lelaki. Apa yang difikirnya, apa yang disukai dan bermacam lagi agar hubungan berkat dan bahagia. Supaya perhubungan lebih seiring dan sejalan. Bukan lelaki saja yang perlu memahami wanita, eloknya kedua sekali.

Foto – Live About

1. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

2. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool (anda jangan pulas telinga si dia!).

3. Bila lelaki cakap ‘straight to the point’ dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

4. Bila lelaki cakap, “Em.. Tengoklah dulu”. Itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

5. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari ‘library’ atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

6. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan airmata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

7. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.

8. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita. Dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa, yang lain hanya kawan!

9. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

10. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi ‘hint’! Mana tahu lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. Janganlah asyik bergantung pada lelaki, apa salahnya kalau anda mulakan langkah dulu kan?

Foto – Big Think

P/S : Jadi kaum wanita di luar sana, janganlah harapkan semua pada lelaki. Ada masa kenalah bertolak ansur dan mengalah, jangan asyik merajuk tak tentu pasal. Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

fakta lelakifun fact lelakikenali lelakilelaki dan perempuanmotivasi cintaperkara menarik tentang lelakisikap lelaki
Recommended