Kupu-Kupu Boleh Jejaskan Kesihatan Orang Asma, Betul Ke?

Betul ke kupu-kupu boleh jejaskan kesihatan orang yang ada penyakit asma?

Individu yang menghidap penyakit asma mempunyai masalah sistem pernafasan yang sensitif, bila mana hidung terhidu sesuatu yang boleh menyebabkan alahan serangan asma boleh berlaku.

Banyak kajian dan kaji selidik telah dilakukan oleh pakar di mana terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit asma di trigger, dan salah satunya adalah kupu-kupu.

Hama Kupu-Kupu Pencetus Alahan

Foto – Google

Menurut kajian ‘Jornal de Pediatria Respiratory Allergy To Moth: The Importance Of Sensitization To Bombyz Mori In Children With Asthma And Rhinitis’, ada menyatakan bahawa individu yang terhidu hama yang disebarkan dari sayap kupu-kupu boleh menyebabkan berlakunya masalah asma dan rinitis berlaku.

Sayap Kupu-Kupu Cantik, Tapi Boleh Menyebabkan Alahan

Foto – Google

Sayap kupu-kupu memang cantik dan mempunyai pelbagai jenis bentuk, corak dan warna, tapi sayangnya kecantikan yang kupu-kupu ini miliki boleh menyebabkan individu yang menghidapi penyakit asma boleh menyebabkan masalah alahan dan keradangan berlaku.

Kulit Juga Jadi Gatal-Gatal

Foto – Arkib Wanista

Bukan saja menghidu hama kupu-kupu boleh menyebabkan berlakunya keradangan dan masalah pernafasan, malah ia juga boleh menyebabkan masalah kulit gatal-gatal tatkala menyentuh sayap kupu-kupu tersebut.

Berlakunya Alahan Dalam Sistem Pernafasan

Foto – Google

Menurut jurnal bertajuk ‘A Review On Respiratory Allergy Caused By Insects’ ada menyatakan bahawa, kupu-kupu boleh menyebabkan berlakunya masalah alahan dalam sistem pernafasan manusia.

Dengan hama kupu-kupu yang berterbangan di udara, mencetuskan alahan pada saluran pernafasan yang lebih kecil iaitu bronkiol.

Tangani Asma Dengan Bijak

Jika kamu, rakan atau ahli keluarga yang menunjukan tanda-tanda serangan asma seperti sesak nafas dan kulit jadi gatal-gatal selepas memegang kupu-kupu, segera beredar dari tempat yang ada kupu-kupu tersebut.

Cepat-cepat sedut inhalers bagi melegakan rasa sesak nafas dan jangan menggaru kulit yang gatal tersebut, jika gatal-gatal terlalu teruk segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.

Foto – Healthline

Jika rasa gatal-gatal, alahan dan sesak nafas yang dialami seketika sahaja, kamu boleh berehat di rumah dan bersihkan diri.

Jangan ambil ringan hal sebegini, jauhi kupu-kupu dan serangan lain yang boleh mencetuskan penyakit asma kamu.

Rujukan: 1, 2, 3,

Hama Kupu-Kupu BerbahayaKesan Kupu-Kupu Pada Orang AsmaKupu-KupuKupu-Kupu Penyebab AsmaKupu-Kupu Trigger Asma
Uncategorized
Recommended