“Adakah aksi silap mata yang hebat dan luar biasa itu, trik dan kemahiran tukang silap mata atau mereka menggunakan bantuan dari alam ghaib seperti jin atau syaitan?”
Persoalan dan pertanyaan sebegini pasti terfikir di fikiran, tatkala melihat persembahan silap mata sama ada secara realiti atau di alam maya seperti contoh menonton video di YouTube.
Bagaimana ahli silap mata boleh melakukan pertunjukan-pertunjukan yang pelik dan di luar norma ini, singkap di sebalik aksi mereka di bawah.
Kena Tahu Jenis-Jenis Magik Yang Ada
Untuk permulaan kita kena tahu jenis-jenis magik yang dilakukan oleh ahli silap mata, supaya kita boleh merungkaikan rahsia magik dan bincangkan bagaimana pertunjukan tersebut dilakukan.
- Magik Pentas
- Magik Parlor
- Magik Jarak Dekat (Close-up)
- Magik Penyeluk Saku
- Escapology
- Harry Houdini
- Magik Kanak-Kanak
- Magik Mentalisma
- Magik Bertukar Segera
- Magik Matematik
- Magik Klasik
- Magik TV/Kamera
- Magik Apung (Levitation)
- Magik Kembali Sedia Kala (Restoration)
- Magik Manipulasi
Magik Sekadar Trik & Manipulasi Perspektif Pandangan Mata
- Foto – Make Magic
Mesti pelik kenapa kena ambil tahu jenis-jenis magik yang sering dilakukan oleh ahli silap mata ini, sedangkan ramai cuma nak tahu sama ada aksi yang ditunjukan itu mengunakan bantuan dari alam ghaib atau tidak.
Sebenarnya aksi yang ditunjukan ahli silap mata ini, hanyalah trik dan manipulasi perspektif pandangan mata penonton sahaja.
Persembahan yang ditunjukan mempunyai trik dan tipu helah ahli silap mata, bagi menjayakan persembahannya di hadapan penonton.
Ambil Kira Sudut, Posisi Dan Set-Up Persembahan
- Foto – Arkib Wanista
Kalau perasan sebelum ahli silap mata melakukan persembahan, mereka akan set-up kan dulu pentas atau tempat pertunjukan seperti:
- Pemilihan jenis warna dan corak tirai
- Konsep dinding pentas (macam konsep dinding berdarah, dinding bangunan terbiar dan lain-lain)
- Arah dan warna lampu
- Wardrobe pentas (seperti kerusi, meja, patung, sangkar, tiang dan lain-lain)
- Foto – Arkib Wanista
Setiap set-up ini mempunyai tipu helah masing-masing, bagi memperdayakan pandangan mata dengan ilusi yang dirangka dari awal sebelum persembahan silap mata bermula.
Tahu tak setiap sudut dan posisi yang di pilih mempunyai trik tersendiri, kerana bahagian atau kawasan yang di pilih mampu memanipulasi pandangan mata penonton dalam diam dengan bantuan pencahayaan lampu pentas.
Alat Tipu Helah Yang Luar Biasa
- Foto – Arkib Wanista
Ahli silap mata mempunyai idea kreatif dan pemikiran yang unik, mereka juga miliki gaya pemikiran di luar kotak.
Jadi tidak hairanlah mereka mampu menghasilkan alat tipu helah yang tak terjangkau oleh pemikiran kita, untuk dijadikan sebagai trik bagi membantu menjayakan pertunjukan silap mata yang dipersembahkan.
Setiap Jenis Magik Mempunyai Plot Tersendiri
https://www.youtube.com/watch?v=OgmaKSIeen8
Mesti ramai yang tak puas hati dan percaya bahawa ahli silap mata memang menggunakan bantuan dari alam ghaib, kalau tidak macam mana boleh persembahan tersebut nampak sangat real?
Persoalan seperti ini ada jawapannya.
Untuk pengetahuan semua ahli silap mata mempunyai plot magik mereka sendiri, sebab itu sebelum mereka merancang untuk membuat persembahan, mereka akan memikirkan jenis plot dan jenis magik yang sesuai untuk persembahan.
- Foto – Arkib Wanista
Sebagai contoh, ini antara plot magik yang digunakan oleh ahli silap mata terkenal dan popular dunia:
- Sacred Riana – banyak lakukan plot berkaitan semangat jahat, entiti mistik dan misteri dari alam ghaib
- Harry Houdini – banyak lakukan plot jenis cabaran mengikat, mengunci dan melepaskan diri dari apa jua situasi.
- Shin Lim – banyak lakukan plot berkaitan ilusi
- Penn & Teller – banyak melakukan plot berkaitan ilusi dan komedi
Dengan mengikuti plot yang telah di rangka, ahli silap mata akan memilih jenis magik yang bersesuai mengikut plot yang telah di pilih jadi tidak hairanlah persembahan tersebut kelihatan real di mata penonton.
Mungkin masih ramai yang skeptikal pasal isu ini, tapi ini adalah point-point yang diambil kira selepas menonton persembahan silap mata.
Nak percaya atau tidak ahli silap mata menggunakan bantuan alam ghaib terpulang, masing-masing ada pandangan tersendiri.