Ekstrem seorang lelaki kelahiran Perancis melakukan transformasi luar norma iaitu mengubah rupa dan bentuk wajah menjadi alien.
Anthony Loffredo sanggup terbang ke Barcelona untuk menjalani proses transformasi modifikasi tubuh badan di sana, manakala di Perancis perbuatan luar norma ini di klasifikasikan haram atau menyalahi undang-undang Perancis.
Rupa Kacak Tapi Pilih Jadi Alien
- Foto – Arkib Wanista
Terkejut melihat wajah asal Loffredo ini, rupa paras yang kacak dan tubuh yang bersih dari sebarang cela kini dipenuhi dengan cacahan tatu hitam dan simbol-simbol aneh dan pelik.
Kerana Minat, Sanggup Tinggalkan Segalanya
- Foto – Arkib Wanista
Di petik dari Unilad, Loffredo berkongsi bahawa dirinya sangat meminati mutasi dan modifikasi tubuh badan manusia.
Loffredo berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan pada usia 24 tahun dan meninggalkan segalanya di Australia, kemudian merancang untuk melakukan proses modifikasi tubuh dengan menjadikan karakter seram sebagai matlamat.
Kompilasi Ekstrem Loffredo Jadi Alien
Loffredo terbang ke Barcelona dan melakukan beberapa siri modifikasi tubuh badan dengan bantuan juru modifikasi badan iaitu Oscar Marquez. Ini antara siri modifikasi yang dilakukan oleh Oscar mengikut permintaan Loffredo.
Cacah Tatu Satu Badan
- Foto – Arkib Wanista
Implan Kepala
- Foto – Arkib Wanista
Menindik Dahi Dan Dagu
- Foto – Arkib Wanista
Buang Telinga
- Foto – Arkib Wanista
Belah Lidah
- Foto – Arkib Wanista
Kongsi Progress Di Instagram, 18% Transformasi Siap!
- Foto – Arkib Wanista
Melihat progress yang ditunjukkan hari ini (25 September 2020), Loffredo berkongsi telah 18 peratus siap memodifikasi tubuhnya untuk menjadi alien.
Melihat gambar-gambar ekstrem modifikasi Loffredo di akaun Instagram, membuatkan sesiapa yang melihat akan kerut dahi dan seram.
Ini baru 18 peratus progress transformasi, kalau dah 100 peratus nanti bagaimanalah rupa Loffredo agaknya?