“Macam Makcik…” Netizen Korea Pertikai Fesyen Song Jihyo Di Running Man

“How can they do that to such a beautiful person?” — Netizen

IKLAN

Kebelakangan ini, fesyen Song Jihyo yang hodoh mendapat tempias buruk dikalangan peminat dan netizen Korea.

Rata-rata mereka menyuarakan kritikan terhadap stylist Song Jihyo kerana memberikan pakaian hodoh dan gaya rambut tidak menarik yang langsung tidak sesuai dengan kecantikan semula jadi Jihyo.

Pakaian Oversized, Rambut Tidak Didandan

Dia sering dilihat memakai topi, dan menyembunyikan rambutnya. Jika tidak memakai topi, rambutnya pula langsung tidak didandan rapi. Dan bila didandan kelihatan seperti makcik, tidak sesuai dengan rupa paras Jihyo yang awet muda.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Bab pakaian pula terdiri dari kemeja, jaket, dan seluar yang terlalu besar, yang tidak begitu menarik serta tidak mempamerkan susuk tubuh Song Jihyo yang menggiurkan. Kira-kiranya serba-serbi tidak sempurna di mata netizen.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Kooreaboo
Foto – Arkib Wanista

Pecat Stylist

Oleh kerana itu, netizen menuntut agar Song Jihyo memecat stylist yang sedia ada, dan mencari yang lebih pakar dalam melakukan kerja mereka.

“Sekarang stail rambut dia selalu tidak kemas, bila saya kelihatan gambar lamanya, dia kelihatan sangat cantik.”

“Hanya So Jihyo yang berpakaian hodoh.”

“Tolong buat sesuatu pada rambutnya, sangat tidak kemas…”

“Bagaimana mereka boleh melakukan itu kepada orang yang cantik?”

IKLAN

Ada juga beberapa netizen mempersoalkan sama ada Song Jihyo berpakaian begitu kerana itu adalah pilihan peribadinya sendiri.

Kesian Jihyo, hanya kerana fesyen netizen mengkritik… Apa kata anda semua? Patut ke netizen komen macam tu sekali?

RUJUKAN

fesyen song jihyorunning mansong jihyosong jihyo dikritiksong jihyo running manstail song jihyo
Recommended