Petanda Kulit Kamu Tak Sesuai Dengan Skincare Baru

Skincare sangat tricky… Apa yang digunakan oleh rakan kamu tidak semestinya sesuai untuk kamu. Malah jenis kulit kamu juga mungkin tidak sama dengan ibu dan adik beradik lain. Mungkin kamu acne-prone dan adik kamu kulit normal yang langsung tidak mempunyai apa-apa masalah muka.

Dan mungkin skincare jenama A yang ramai orang kata bagus dan berkesan, sayangnya tidak berkesan pada kamu.. kulit mula tumbuh biji-biji, kemerahan yang menyebabkan ketidak selesaan.

Wanista kongsikan antara petanda kulit kamu tidak sesuai dengan skincare baru. Bila ini terjadi, bertukar kepada skincare yang lebih ringan menggunakan bahan semula jadi.

Jerawat Mula Timbul

Benda yang paling buat wanita stress bila muka tiba-tiba tumbuh jerawat. Menurut pakar, kulit wajah memerlukan kira-kira dua hingga tiga minggu untuk adapt produk baru, maka jerawat yang timbul akan hilang selepas itu. Namun jika breakout makin teruk, kulit kamu mungkin sedang memberi petanda.

Foto – Beauty

Kulit Kamu Terlalu Berminyak

Ada yang pernah alami benda ini? Minyak mula berkumpul di muka sehingga menyebabkan kamu rasa tidak selesa dan muka melekit. Penyelesaian untuk kulit berminyak? Elak pelembap jenis krim dan pilih produk rumusan gel atau yang mengandungi hyaluronic acid. 

Kulit Bengkak atau Gatal

Bila kulit kamu alergi terhadap salah satu kandungan dalam produk skincare, pori-pori boleh tersumbat dan menimbulkan bintik atau menyebabkan gatal-gatal. Keadaan ini menyebabkan kamu tidak selesa dan terasa mahu menyentuh, yang hanya memburukkan lagi keadaan kulit.

Foto – Life

Kulit Mula Mengelupas

Bila dah mengelupas, memang kamu kena bertukar skincare. Terlalu sering menggunakan produk skincare yang kuat formulanya boleh membuat kulit kering dan pecah-pecah. Bila kamu gunakan produk dengan exfoliant, kandungan retinol atau alpha-hydroxy acids, hadkan satu hingga tiga kali seminggu saja.

Rasa Panas dan Kemerahan

Jika kamu merasakan sensasi panas, bengkak atau gatal setelah apply skincare, ini bermakna kulit kamu sensitif terhadap salah satu kandungan produk tersebut. Jika berterusan, tukarlah skincare. Cari dari formula yang lebih ringan dan tidak merengsakan kulit.

Foto – AMP

Selamat Beramal!

kulit tak sesuai produk barupakai skincare baru tak sesuaipetanda kulit tak sesuai dengan skincare baruproduk penjagaan wajahskincare baru
Recommended