Latar belakang foto dah cun tapi masalahnya asyik pose yang sama sahaja, langsung tiada kelainan. Sekali-sekala teringin nak tiru gaya Bella Hadid, Kylie Jenner, yang dianggap ‘queen’ dalam bab bergambar untuk Instagram.
Contohnya, jika anda sudah bosan mengambil OOTD secara berdiri, maka lebih baik kalau anda mula menguasai cara mengambilnya secara duduk. Selebriti dan blogger di seluruh dunia semakin tertarik dengan cara Insta-sit. Pose ini sangat mudah dan bahkan akan menyerlahkan aset terbaik anda, serta mempamerkan pakaian dengan cara yang paling stailo.
Jadi, Wanista sertakan beberapa idea yang anda semua boleh cuba. Pasti selepas ini ramai yang cemburu…
Squat
- Foto – Arkib Wanista
Pose secara squat bukanlah suatu yang baru. Ia sudah ada sejak tahun 90-an dan awal 2000, dipopularkan oleh rapper Jay-Z dan 50 Cent untuk album cover. Ramai beranggapan cara ini memberikan persona yang cool dan tough.
Kangkang
- Foto – Arkib Wanista
Secara jujurnya, cara yang satu ini langsung penulis tak boleh terima kerana nampak tak sopan. Ingin menunjukkan tanda hak kesaksamaan jantina, jadi wanita mencontohi bagaimana lelaki secara semula jadi boleh duduk secara ‘terbuka luas’.
Bambi
- Foto – Arkib Wanista
Sana-sini ramai selebriti yang mencuba gaya ini. Pose ini merupakan inspirasi dari watak kartun, Bambi. Untuk melakukannya, anda perlu duduk di atas kaki sendiri.
Pura-Pura Tidur
- Foto – Arkib Wanista
Lebih kurang seperti “I woke up like this”, cumanya yang ini anda sudah siap bergaya sakan.
Bahu ke Hadapan
- Foto – Arkib Wanista
Pose secara spontan yang dirancang. Anda hanya perlu bergambar seolah-olah ada orang yang memanggil nama anda dan berpaling.
Dari Belakang
- Foto – Arkib Wanista
Pose ini seolah-olah berkata, “di sini saya sedang menikmati pemandangan indah”. Bonus jika anda mempunyai susuk tubuh ala hourglass.
Selamat Beramal!