7 Sebab Barang Mandian Summerie Bagus Untuk Tubuh & Rambut Wanita

Masa penularan pandemik seperti sekarang ini kita semua sangat berjaga-jaga terutama dari segi pemakanan, dan juga mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Selain dua perkara tersebut, pemilihan barang mandian juga harus dititikberatkan dan sebaik-baiknya produk mandian berasaskan sumber semulajadi harus menjadi keutamaan pilihan wanita masa kini.

Antara produk mandian berasaskan sumber bahan semulajadi yang menarik perhatian Wanista adalah Summerie, di mana produk ini menampilkan rangkaian produk mandian seperti sabun badan dan shampoo rambut yang diperbuat dari bahan semulajadi yang bagus.

Tapi apa yang membuatkan ia bagus untuk wanita gunakan?

#1 Mengandungi 94% Bahan Semula Jadi

Foto – Facebook Summerie

Bagusnya produk Summerie ini adalah, semua rangkaian barang mandian dan penjagaan rambut Summerie ini mengandungi 94 peratus bahan sumber semulajadi yang bagus untuk kesihatan kulit badan dan rambut wanita masa kini.

#2 Bebas Bahan Kimia 

Foto – Arkib Wanista

Bukan itu saja, Summerie juga bebas dari bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit dan rambut seperti silikon, SLS (sodium lauryl sulfate), SLES (sodium laureth sulfate), paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.

#3 Minyak Biji Bunga Matahari Beri Manfaat Pada Tubuh & Rambut

Foto – Arkib Wanista via Facebook Summerie

Keempat-empat rangkaian sabun badan dan shampoo rambut berserta conditioner Summerie, diperkaya dengan minyak biji bunga matahari untuk menyihatkan dan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan rambut wanita.

#4 Minyak Jojoba Penyelamat Mahkota Wanita

Foto – Arkib Wanista via Facebook Summerie

Rambut merupakan mahkota yang sangat bernilai buat wanita, tetapi sayangnya dengan faktor cuaca dan pelbagai masalah lain menyebabkan ramai wanita mengalami masalah rambut.

Tetapi itu semua dapat ditangani dengan produk Summerie ini, kerana ia mengandungi minyak jojoba dalam rangkaian produk rambut yang dipasarkan.

Bagi meningkatkan keberkesanan shapoo dan menangani masalah rambut kering, berminyak, kelimumur dan rambut normal, ekstrak minyak jojoba mampu menyelamatkan rambut wanita masa kini.

#5 Tubuh Bau Harum, Gabungan Buah-Buahan & Tumbuhan

Foto – Arkib Wanista

Wanita mana yang tidak mahu bau badan sentiasa harum, wangi dan memikat bukan? Dengan rangkaian sabun badan seperti grapefruit, chamomile, passion fruit dan ginger ini, dapat merealisasikan keinginan wanita secara semulajadi.

Dengan ekstrak buah-buahan, tumbuhan dan minyak biji bunga matahari ini, bau harum secara semulajadi akan melekat di tubuh secara alami.

#6 Melindungi Kulit Dari Serangan Bakteria

Foto – Arkib Wanista via Facebook Summerie

Dalam masa pandemik sebegini pastinya produk mandian yang mampu membunuh 99.9 peratus kuman dan bakteria, sangat dikehendaki ramai.

Dan Summerie menawarkan sabun badan jenis grapefruit dan chamomile, yang mampu membunuh bakteria dan bertindak sebagai agen anti-bakteria.

#7 Kulit Sihat, Lembap Dan Tidak Kering

Foto – Facebook Summerie

Sebagai wanita kita sangat menitik beratkan keadaan kulit tubuh yang cepat sangat menjadi kering, kusam, tidak bermaya.

Tetapi dengan rangkaian mandian sabun badan Summerie, kulit wanita akan jadi lebih hidrat, lembap, lembut, tona kulit lebih sekata dan sihat.

Bonus

#8 Harga Murah & Berbaloi

Memang tak rugi cuba produk mandian dan penjagaan rambut Summerie ini dan harga juga sangat murah dan berbaloi-baloi.

Untuk rangkaian mandian sabun badan mempunyai dua saiz pilihan iaitu sabun mandi saiz 325ml dijual pada harga RM10.90 setiap satu, manakala sabun mandi saiz 650ml dijual pada harga RM17.90 setiap satu.

Untuk rangkaian penjagaan rambut iaitu shampoo hadir dengan saiz 325ml yang dijual dengan harga RM17.90 setiap satu.

Foto – Arkib Wanista via Facebook Summerie

Summerie juga menawarkan conditioner rambut bersaiz 175ml, yang sesuai digunakan untuk semua jenis rambut pada harga RM17.90. Dan sanitizer tangan botol kecil 50ml, dalam bentuk gel dan spray yang berharga 4.90.

Bagi yang berminat untuk mencuba produk bersumberkan alam semulajadi ini, kamu boleh berkunjung ke Guardian berhampiran atau layari laman sesawang Guardian di sini untuk membeli secara dalam talian.

Barang MandianProduk Mandian SummerieProduk Penjagaan Rambut SummerieProduk Sumber SemulajadiSummerieSummerie Berasaskan Sumber SemulajadiSummerie x GuardianSummeriemy
Recommended