Dah Macam Seluar Bundle, Gucci Jual Jeans ‘Fake Stain’

Jenama fesyen ternama Gucci mengeluarkan koleksi musim sejuk dan luruh 2020, semua koleksi fesyen yang ada mempunyai ciri dan keunikan yang tersendiri tapi tidak pada fesyen yang satu ini.

IKLAN

Di laman sesawang Gucci Australia dan Gucci Amerika Syarikat, telah mengeluarkan koleksi seluar jeans kotor atau fake stain bagi koleksi pakaian eco washed organic.

Rupa Macam Seluar Bundle

Foto – Arkib Wanista

Melihat seluar yang baru saja keluar di pasaran ini ramai yang kerut dahi tatkala melihat seluar jeans dengan kesan kotor, di jual dalam laman sesawang Gucci Australia dan Gucci Amerika Syarikat.

Rupa seluar yang terdapat dalam laman sesawang Gucci ini, kelihatan seperti seluar bundle murahan yang boleh dibeli di mana-mana sahaja.

Guna Fabrik Organic Cotton

Kedua-dua jenis seluar ini dihasilkan menggunakan fabrik organic cotton, yang mana penghasilannya di kawal ketat dengan penggunaan bahan kimia lain.

Foto – Arkib Wanista

Harga Mahal Dan Tak Berbaloi

Sudahlah rupa seluar ini seperti seluar bundle, harganya pula sangat mahal dan tidak berbaloi tapi tak tahulah kalau ada yang sanggup untuk mendapatkannya kan?

Seluar Eco Washed Organic Denim AU$ 1200 / RM 3569 [SINI]

Foto – Arkib Wanista

Eco Washed Organic Denim Overall USD$ 1400 / RM 5788 [SINI]

Foto – Arkib Wanista

Kalau betul sekalipun nak hasilkan pakaian berkonsepkan mesra alam sekitar, tak perlulah sampai begini rekaannya dan rasanya tak ramai yang berkenan sangat nak jadikan seluar fake stain sebagai fesyen harian.

Rujukan: 1, 2,

IKLAN
Eco Washed Organic DenimgucciGucci Amerika SyarikatGucci AustraliaGucci DenimGucci Fesyen Konsep EcoGucci JeansGucci Jeans Fake StainSeluar Denim
Recommended