Siapa minat filem bollywood pasti kenal aktres dan model cantik Katrina Kaif ini, aktres inggeris ini menempa namanya dalam industri bollywood pada tahun 2003.
Pelbagai liku-liku dan jatuh bangun dilaluinya semenjak bergelar aktres dan juga model, kini wanita berbakat berusia 37 tahun ini di lihat semakin jelita dengan pemilihan fesyennya yang santai, selesa dan memikat.
#1 Menggoda Seperti Bidadari
Cair tengok fesyen Katrina yang satu ini, padanan gaun bunga-bunga bersama jaket krim pastel sangat serasi dan kena dengan gaya aktres jelita ini.
- Foto – Arkib Wanista
#2 Santai Dan Bersahaja
Suka tengok Katrina berpakaian sebegini nampak santai, selesa dan bersahaja dengan baju kemeja-t, hoodie, seluar pendek dan kasut sukan. Simple kan?
- Foto – Arkib Wanista
#3 Steady & Chic
Cantik gaya steady dan chic Katrina dengan blouse polka dot bertali bersama skirt kulit rona mustard.
- Foto – Arkib Wanista
#4 Kombo Seksi Dan Comel
Bukan biasa-biasa stail Katrina Kaif ini, gaya fesyen seksi dan comel pun boleh digayakannya dengan cara bersahaja. Padanan gaun color-strip ketat berwarna-warni bersama kasut sneaker rona serupa, merupakan kombo terbaik.
- Foto – Arkib Wanista
#5 Hot Nude
Siapa kata pakai baju sukan tak cantik, tak seksi, dan tak hot? Sumpah hot gila baju sukan one piece warna nude yang di pakai Katrina Kaif ini.
- Foto – Arkib Wanista
#6 Sassy & Sexy
Tampil menawan dengan gaun ketat rona oren ini memang cukup menawan, terserlah gaya sassy dan sexy aktres jelita ini.
- Foto – Arkib Wanista
#7 Stail Bollywood Tak Pernah Salah
Suka tengok Katrina pakai gaun lehenga macam ini, dengan warna gaun rona pastel seperti ini menaikan aura seri aktres jelita ini.
- Foto – Arkib Wanista
Antara banyak-banyak gaya fesyen Katrina di atas ini, kamu paling suka yang mana satu? Kalau wanista pilih yang nombor satu, tergam terus mata tengok fesyen yang satu ini.