Syarikat Porn Di Jepun Bina Taman Tema Orang ‘Dewasa’

Luar biasa di Jepun sebuah studio porn ternama Soft On Demand (SOD) yang banyak menghasilkan video-video porn atau berunsur dewasa ini, mengumumkan bakal membuka taman tema ‘dewasa’ pada 10 Oktober 2020 ini nanti.

Apa yang menarik tentang taman tema dewasa yang bakal di buka kepada orang awam ini nanti?

Taman Tema Dewasa Dalam Bangunan 5 Tingkat

Foto – Arkib Wanista
Menurut 9gag, syarikat ini memilih lokasi di Tokyo red-light-district Kabukicho, bagi membuka taman tema dewasa dalam lima tingkat bangunan yang besar dan selesa.

Lepaskan Kepuasan Mengikut Tingkat

Menariknya setiap tingkat dalam bangunan tersebut mempunyai kategori yang berlainan serta fungsi tersendiri, dan ini yang terdapat dalam setiap tingkat taman tema dewasa.

Foto – Deviant Art
  • Tingkat bawah tanah merupakan studio bar di mana terdapat hostess baru, suasananya juga kasual dan santai.
  • Tingkat pertama merupakan ruang resepsi, permainan dan mesin kapsul SOD.
  • Tingkat kedua merupakan ‘Pusat Kajian Penyelidikan Seks’, terdapat hostess yang cantik dan seksi, menemani pengunjung minum di tingkat tersebut.
  • Tingkat ketiga merupakan bar unik SOD dan pengunjung boleh dapatkan air minuman dari bartender yang seksi dan hot.
  • Tingkat keempat merupakan ‘silent bar’ di mana pengunjung dapat mengalami ketenangan di tempat senyap sambil melihat bartender yang seksi lalu menerusi cermin.

Aktres Porn Popular Bakal ‘Melayan’ Pengunjung

Foto – Arkib Wanista

Syarikat SOD ini memang terkenal dengan barisan pelakon untuk video lucah mereka, dan setiap aktres tersebut sangat dikenali ramai dalam industri porn di Jepun.

Menariknya untuk taman tema dewasa yang bakal di buka Oktober depan nanti, terdapat aktres hot dan seksi bakal melayan pengunjung dengan menjadi hostess seksi bagi taman tema tersebut.

Harga Berpatutan Untuk Taman Tema Panas!

Foto – Arkib Wanista

Difahamkan taman tema dewasa ini dikenakan ¥500 yen atau lebih kurang RM19.80 untuk setiap 30 minit, makan dan minuman harga lain dan itu belum lagi termasuk cukai.

Luar biasa syarikat Jepun fikir cara bagi mencari keuntungan dan pendapatan, menerusi hiburan seperti ini.

Rujukan: 1, 2

Aktres Porn Jadi HostessSOD LandSoft On DemandTaman Tema Dewasa JepunTaman Tema Dewasa SODTaman Tema Porn
Recommended