Hujung Rambut Kamu Berbuah? 4 Benda Kena Tahu

Siapa ada perangai suka ‘bermain’ dengan rambut? Kamu tarik rambut satu persatu, tiba-tiba ada bahagian yang bergerigi. Itu maknanya rambut kamu berbuah.

IKLAN

Hujung rambut berbuah terjadi yang mana ada bendasing putih di hujung rambut dan kelihatan seperti telur kutu. Rambut berbuah juga menyebabkan tekstur rambut jadi keras, mati dan rosak.

Macam mana terjadinya rambut berbuah? Rambut yang basah diikat, ditutup dengan kain tebal atau diperap dalam tudung, tidur dengan rambut basah membuatkan rambut menjadi busuk dan lama kelamaan berminyak serta berbuah.

Foto – Pinterest

Cara Atasi Rambut Berbuah

1. Elak dari membasuh rambut setiap hari. Memadai setiap dua hari atau yang ingin basuh rambut setiap hari, basuhlah pada waktu malam. Jadi kamu ada masa untuk mengeringkannya.

2. Pemilihan syampu yang betul. Kebiasaannya rambut berbuah terjadi kerana ia mengandungi lebihan minyak. Justeru, pilih syampu yang khusus untuk masalah ini.

Foto – Times Of India

3. Tahukah peluh yang berkumpul memerangkap bakteria dan menyebabkan pelbagai masalah rambut lain. Masalah ini melanda mereka yang kerap memakai helmet, tudung dan topi. Jika ada masa atau sebulan sekali, pergilah buat rawatan rambut agar rambut kekal sihat.

4. Punca utama hujung rambut berbuah adalah kerana mengikat rambut yang basah. Dan jangan ikat rambut ketika tidur, rambut juga perlu bernafas.

Foto – Pinterest

Rambut berbuah atau bercabang berlaku kerana folikel rambut tidak sihat. Syampu bersilikon tidak sesuai, sila rawat guna syampu organik atau medical.

Bahaya Syampu Silikon

Memang diakui syampu yang mengandungi silikon memberi ilusi rambut yang berkilat dan kelihatan cantik sentiasa. Tapi, tahukah penggunaan jangka masa panjang hanya akan memudaratkan tahap kesihatan rambut.

Lama kelamaan lapisan silikon akan merosakkan rambut dan akhirnya menyebabkan rambut kelihatan tidak bermaya dan berminyak. Sisa silikon akan menarik keluar minyak asli rambut lalu melemahkan kekuatan akar rambut malah mengeringkan kulit kepala.

IKLAN
Foto – Pitteri 84

Silikon juga menyesakkan kulit kepala seterusnya melekat dan terkumpul menjadi kelemumur kerana secara dasarnya silikon adalah sejenis sumber getah dan sukar untuk dicuci dengan air sebersih-bersihnya.

Sentiasa jaga kesihatan rambut dan selamat beramal.

hujung rambut berbuahkenapa rambut berbuahmasalah rambut berbuahrambut berbuahRambut Bercabangsyampu silikonsyampu silikon tak bagus
Recommended