Meninggal dunia kerana kerja lebih masa atau bunuh diri kerana tidak tahan menanggung beban kerja yang terlampau banyak, telah menjadi trademark di negara matahari terbit ini.
Jadi tidak hairanlah, Jepun merupakan salah satu negara yang mempunyai jumlah statistik kematian yang tinggi disebabkan terlebih kerja atau karoshi.
- Foto – Arkib Wanista
Meski statistik yang di tunjukkan dalam statista dari tahun 2009-2019 menunjukan penurun sedikit, tetapi walaubagaimanapun ia tetap jumlah yang tinggi berbanding di negara-negara yang lain.
Budaya Kerja Jepun Indah Khabar Dari Rupa
- Foto – PRI.org
Dengan jumlah kematian yang tinggi disebabkan tekanan dan tugasan kerja yang terlalu banyak, ini membuktikan bahawa budaya kerja di Jepun tidak seperti mana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat sana.
Setiap hari menghadapi bebanan kerja yang padat membuatkan para pekerja terpaksa pulang lewat, dan menghabiskan banyak masa di tempat kerja berbanding berada disamping ahli keluarga di rumah.
Wajib Tepati Masa
- Foto – Medium
Sudahlah pulang lewat, keesokan paginya pula harus bangun awal untuk pergi ke tempat kerja jadi bagaimanalah tubuh badan tidak jatuh sakit.
Bukan itu saja, kesihatan mental juga terjejas sama kerana terlampau letih menghadapi situasi yang sama setiap hari, bahkah bertahun-tahun lamanya.
Jadual Kerja Yang Padat Setiap Hari
- Foto – European Ceo
Di Jepun jadual kerja yang padat dan banyak dianggap satu perkara biasa dalam kehidupan mereka di sana, dan melalui hari-hari mendatang dengan tekanan kerja yang tinggi.
Dengan persekitaran dan cara pemikiran serta tanggapan sebegitu, ia akan membawa kepada masalah risiko bunuh diri atau kematian secara tiba-tiba (sudden death) kerana terlebih kerja (over worked).
Terlalu ‘Dedikasi’ Dalam Kerja, Nyawa Jadi Taruhan
- Foto – Culture Trip
Istilah ‘devoted’ atau ‘dedikasi’ digunakan bagi menjelaskan punca kematian disebabkan kerja, berlaku dikalangan pekerja di negara matahari terbit ini.
Sikap serta harapan tinggi syarikat dalam diri pekerja di Jepun, membuatkan para pekerja sanggup bekerja lebih masa hingga menjejaskan kesihatan mereka sendiri.
- Foto – Japan Info
Untuk mengekang masalah mati disebabkan terlebih kerja dan juga risiko bunuh diri kerana bebanan kerja, penjagaan masa yang berkualiti adalah sangat penting.
Dalam hidup ini kerja memang tidak akan pernah habis, oleh itu kitalah yang harus bijak membahagikan masa bagi menyelesaikan tugas tersebut tanpa menjejaskan kehidupan harian.