Transformasi Bella Thorne, Dari Gadis Disney Ke Dunia Seks Liar

Bella Thorne, namanya cukup sinonim dengan kontroversi. Kontroversi kerana bekas gadis sunti Disney kini memasuki dunia ‘gelap’ OnlyFans.

IKLAN

Namun, kehidupan peribadinya ternyata telah membayangi usaha kerja kerasnya selama ini, hubungannya dengan Scott Disick, content media sosial, serta tingkah laku liar secara terang-terangan. Walhal Bella merupakan pelakon dan penyanyi dengan bakat luar biasa, terlibat dalam kebajikan serta penyokong tegar komuniti LGBTQ.

“You think you know… but you have no idea.” Ini antara perkara menarik tentang Bella Thorne yang selama ini kita tak tahu.

Dibesarkan Oleh Ibu Tunggal

Bella dibesarkan oleh ibunya saja, bapanya meninggal dalam kemalangan kereta pada tahun 2007. Dia berketurunan Cuba di sebelah bapa dan mempunyai tiga orang adik beradik, yang juga pelakon – Remy, Kaili dan Dani, yang kini menjadi DJ/Pemuzik yang berjaya.

Foto – People

Diagnosis Disleksia

Bella menderita dislekesia ketika di bangku sekolah lagi. Pada tahun 2017, dia memberitahu Chelsea Handler bahawa dia dibuli kerana ‘lembab’ belajar tetapi berkemampuan berbahasa Sepanyol.

Foto – Arkib Wanista

Pada Januari 2018, dia mendedahkan di media sosial bahawa dia telah didera secara seksual sehingga usia 14 tahun.

Mula Berlakon Usia 6 Tahun

Nak membantu keluarga, Bella sanggup terjun ke dunia lakonan di usia 6 tahun. Awal karier, Bella dapat peranan kecil dalam tv show.

Foto – Disney

Namanya mula naik bila terlibat dalam produksi Disney Shake It Up pada November 2010. Menerusi Disney Shake It Up, dia digandingkan bersama Zendaya dan mereka berdua mula mencipta kemasyhuran yang luar biasa.

Terlibat Dalam Muzik Juga

Bella memulakan karier muziknya semasa dia berada di Disney Shake It Up. Tahun 2013, Bella menandatangani kontrak bersama Hollywood Records dan bakal debut. Namun, album debut Bella dibatalkan kerana dia tidak menyukai suaranya sendiri.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Cuba Macam-Macam Watak Dalam Filem

Tidak hanya tv show, Bella juga aktif berlakon filem. Antaranya Blended, Alexander and the Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day, The DUFF, Alvin and the Chipmunks: The Road Chip, Boo! A Madea Halloween, Netflix The Babysitter, You Get Me, Assassination Nation, Midnight Sun dan beberapa lagi.

Foto – MTV

Selesa Sebagai Panseksual

Bella sebelum ini dikaitkan dengan Brandon Lee, Tyler Posey, dan Charlie Puth. Kemudian tahun 2016, Bella keluar sebagai biseksual, dan telah mendapat sokongan dari para peminatnya. Tapi tahun berikutnya, Bella bermain cinta dengan Scott Disick, tapi hanya hubungan yang sementara.

Foto – Arkib Wanista

Baru-baru ini, Bella dengan pendiriannya mendakwa dia selesa digelar panseksual. Bagi Bella, dia menyukai siapa sahaja, tidak peduli soal jantina, dia menyukai seseorang kerana keperibadian mereka.

Aktif Dalam Kebajikan

Apa yang orang tak tahu ialah Bella sangat dermawan dan terlibat dalam beberapa amal kebajikan seperti Humane Society, The Cystic Fibrosis Foundation, dan juga Nomad Organization yang menyediakan kanak-kanak di Afrika persekolahan, bantuan perubatan dan makanan.

Foto – Pinterest

Usahawan Ganja

Meninggalkan dunia Disney jauh dari hidupnya. Bella membuat pengumuman akan terlibat dalam industri ganja.

Dia mula bekerja dengan Glass House Group, sebuah syarikat ganja untuk melancarkan ganja jenama sendiri yang disebut Forbidden Flowers.

Foto – Arkib Wanista

Dia juga merancang untuk melancarkan jenamanya sendiri.

Buat Pengumuman Muncul Dalam OnlyFans

Pada bulan Ogos 2020, Bella nekad sertai OnlyFans dan berjaya memperoleh $1 juta dalam 24 jam pertama menyertai platform itu. Dia memperoleh $2 juta dalam masa kurang dari seminggu.

Foto – Arkib Wanista

Kegiatannya di OnlyFans mencetuskan kontroversi setelah dia menawarkan gambar bayar per tontonan $200 yang didakwanya “telanjang”, walhal dia sebenarnya mengenakan pakaian dalam.

Foto – Arkib Wanista

Walaupun Bella terkenal dengan kontroversi tapi dia masih setia membantu orang yang memerlukan. Betullah perumpaan, don’t judge a book by its cover!. Follow Bella di sini.

RUJUKAN : 123

bella thornebella thorne bogelbella thorne dan zendayabella thorne onlyfansbella thorne seksidisney bella thornegambar bella thornesiapa bella thorne
Recommended