Sweet Tapi Psiko Kenali Isabella Guzman, Pembunuh Ibu Kandung Sendiri

Baru-baru ini kes pembunuhan lama yang berlaku pada tahun 2013 kembali viral di laman sosial media, hal ini tular kerana sebuah video yang menunjukan si pembunuh yang berada di mahkamah tersenyum tatkala sesi perbicaraan berlangsung.

IKLAN

Jom kenali siapa sebenarnya pembunuh kejam ini dan mengapa ramai orang terlalu taksub dengannya.

Gadis 19 Tahun Bunuh Ibu Kandung Sendiri

Foto – Arkib Wanista

Isabella Guzman atau nama penuhnya Isabella Yun Mi Guzman melakukan pembunuhan tersebut ketika dirinya berusia 19 tahun, difahamkan kejadian berlaku di dalam bilik air rumah keluarganya.

Isabella Lakukan 151 Tikaman Pada Ibunya

Foto – Freepik

Terdahulu laporan menyatakan bahawa terdapat 79 tikaman pada tubuh Yun Mi Hoy iaitu ibu kandung Isabella, tetapi setelah di periksa dengan lebih teliti laporan menyatakan sebenarnya terdapat sebanyak 151 tikaman pada leher dan wajah mangsa.

Mahkamah Umum Isabella Tidak Bersalah

Foto – Arkib Wanista

Kes pembunuhan sensasi ini mendapat liputan meluas, kerana keputusan mahkamah yang menyatakan gadis ini tidak bersalah dan tidak perlu dipenjarakan.

Beri Senyuman Manis

Foto – Arkib Wanista

Selepas mahkamah memutuskan bahawa Isabella tidak bersalah dan tidak perlu dipenjarakan, dirinya memberi senyuman paling manis sebelum di bawa keluar dari mahkamah.

Isabella Hidap Paranoid Skizofrenia

Foto – Arkib Wanista

Pada ketika mahkamah umumkan Isabella didapati tidak bersalah, orang ramai berasa tidak puas hati terhadap keputusan yang dijatuhkan.

Meskipun begitu tiada apa yang boleh dilakukan kerana si pembunuh mempunyai masalah gangguan mental yang kritikal, doktor telah mengesahkan bahawa Isabella menghidapi paranoid skizofrenia.

Isabella berdelusi bahawa Yun Mi Hoy bukan ibu kandungnya, dan bertindak membunuh ibunya sendiri.

IKLAN

Netizen Mengagungkan Isabella

Foto – Arkib Wanista

Di laman media sosial ramai pengguna akaun memberi komen bahawa mereka suka melihat senyuman Isabella dan menganggap dirinya comel dan cantik meskipun psiko.

Wujud Kelab Peminat Isabella

Foto – Arkib Wanista

Pelik tapi benar pembunuh cantik ini memiliki kelab peminatnya sendiri, kelab ini ditubuhkan pada 9 September 2020 di laman Facebook.

Rasanya Isabella satu-satunya pembunuh yang memiliki kelab peminat sendiri di media sosial, dengan jumlah pengikut 2.9 ribu orang.

Tinggal Di Hospital Sakit Jiwa Seumur Hidup

Foto – Arkib Wanista

Walaupun Isabella terlepas dari hukuman penjara, tetapi pembunuh cantik ini tetap akan tinggal di hospital sakit jiwa untuk selamanya.

Peguam Daerah Kehakiman iaitu George Brauchler menyatakan Isabella akan terus tinggal di hospital tersebut, sehingga Isabella tidak lagi mencederakan orang lain dan dirinya sendiri.

Meski kes yang berlaku pada tahun 2013 ini kembali viral, namun ada segelintir netizen berharap orang ramai tidak terlalu memuja dan menganggap tindakan yang dilakukan Isabella itu tidak bersalah.

Perkara sebegini tidak boleh dibuat main atau diagung-agungkan kerana apa yang Isabella lakukan tetap salah meski dirinya mempunyai masalah mental.

Rujukan: 1, 2,

151 TikamanIbu Maut Di Tangan AnakIsabella Didapati Tidak BersalahIsabella GuzmanIsabella Hidap Masalah MentalIsabella Tikam Ibu KandungIsabella Yun Mi Guzmankes pembunuhanpembunuh
Recommended