Sedapnya dapat makan kek pisang untuk minum petang hari ini nanti, terbayang-bayang pula kek pisang yang panas-panas dengan baunya yang menusuk pasti sedap!
Jom hari ini penulis bawakan resepi bagaimana nak buat kek pisang yang sedap, lazat, bau pun menyengat dan paling penting cara masak yang cukup ringkas.
Bahan-bahan
- 2 biji pisang (tak kisah nak guna pisang jenis apa, ikut suka)
- 250 gram atau 2 cawan tepung gandum yang diayak
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 4 biji telur gred A
- 200 gram atau 1 cawan gula halus
- 1 sudu kecil esen vanila
- 250 ml atau 1 cawan minyak masak atau minyak jagung
- Loyang 8 inci
- Foto – Arkib Wanista
Cara masak
- Leyekkan dua biji pisang kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk dan ayakkan tepung gandum dalam bekas ayak.
- Selesai mengayak bahan, biarkan ia seketika.
- Ambil mesin pengisar (blender) kemudian masukkan empat biji telur, gula halus dan esen vanila ke dalam mesin pengisar. Kisar semua bahan selama enam hingga tujuh minit.
- Selepas itu, masukkan minyak masak atau minyak jagung dalam mesin pengisar dan kisar bahan sehingga sebati.
- Kemudian masukkan pula pisang yang telah di leyekkan tadi, ke dalam mesin pengisar dan kisar lagi sekali sehingga bahan-bahan sebati.
- Campurkan bahan kisaran ke dalam tepung dan gaul bahan sehingga sebati. Kemudian ambil loyang dan masukkan campuran ke dalam loyang tersebut, untuk bagi kek pisang jadi menarik letak kepingan pisang di atas campuran kek pisang.
- Sebelum membakar panaskan dahulu oven atau ketuhar dalam 160 darjah selsius, kemudian bakar kek pisang selama 40 minit.
- Foto – MyDapur Panas
Kek pisang yang dah siap di bakar akan mengeluarkan bau haruman yang cukup menyengat dan menusuk kalbu, memang tak rugi masak kek pisang sebagai juadah untuk minum petang hari ini nanti.
Selamat mencuba!