Siapa setiap kali sarapan mesti kena ambil roti bakar? Roti yang dibakar agar garing dan rangup, atasnya diletakkan peanut butter, almond butter, garlic butter, hirisan pisang atau apa sahaja buahan mengikut cita rasa masing-masing. Memang lazat sekali!
Berikut adalah resepi roti bakar yang dikongsikan beberapa bintang popular.
Hanis Zalikha
Wanista nak kongsi resepi roti bakar dari si cantik Hanis Zalikha yang boleh anda semua cuba. Roti bakar Hanis ada rasa manis dan masin, gabungan daripada bawang putih, butter dan blueberry.
Ini bahan yang perlu disediakan:
- Bawang putih*
- Blueberry*
- Parsley*
- Butter*
- Parmesan cheese*
- Roti
Semua bahan bertanda * disatukan dalam bekas. Kacau dan lenyekkan semua sekali. Tambah parsley untuk warna dan bau. Spread bahan-bahan tadi atas roti dan bakar. Jadilah Roti Bakar Cheesy Blueberry Garlic Spread Hanis Zalikha.
BTS Jungkook
Resepi si maknae BTS pula lebih ringkas dan mudah sangat. Hanya perlu sediakan roti, peanut butter dan pisang. Pisang dipotong nipis bulat-bulat.
- Foto – Arkib Wanista
Roti dibakar dan atasnya dilumur peanut butter dan hiaskan dengan pisang. Sedia untuk dimakan. Rasanya agak lemak berkrim, serius memang cepat kenyang.
Lucy Hale
Menurut Lucy Hale, roti bakar merupakan juadah wajib setiap kali sarapan. Cara dia lain sedikit kerana dia akan bakar roti dua kali untuk lebih rangup. Selepas itu diletak almond butter (letak banyak), hirisan pisang dan atasnya ditabur madu untuk rasa manis.
Asyik makan nasi lemak, mi goreng, nasi goreng, apa kata ubah sedikit selera. Bukan sahaja mengenyangkan malah menambah tenaga.
Selamat Mencuba!