Hanya Bantu Tutup Kaki Ketika Live, K-Pop Idol Ditampar

Tidak terlepas daripada budaya membuli, isu keganasan dan gangguan seksual juga kuat dalam industri hiburan Korea.

IKLAN

Seperti sebuah kumpulan gadis ini, FANATICS telah dikenakan tindakan keganasan dan gangguan seksual ketika V Live.

Foto – Allkpop

Salah seorang ahli kumpulan tersebut telah dimarahi dan ditampar oleh salah seorang kakitangan lelaki. Ketika V Live, empat daripada enam ahli kumpulan FANATICS (Via, Chaelin, Doi and Rayeon) telah melakukan cabutan bertuah dengan peminat melalui siaran langsung.

Foto – Allkpop

Pada permulaannya, kamera hanya berfokuskan kepada bahagian atas badan mereka sahaja. Di pertengahan siaran langsung itu, seorang kakitangan telah mengalihkan kamera untuk menampakkan keseluruhan badan kumpulan tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Mengikut kebiasaan selebriti perempuan di Korea, mereka akan menutup bahagian kaki mereka dengan kain. Jadi salah seorang ahli kumpulan tersebut telah memberikan selimut dan jaket untuk ahli kumpulan mereka yang lain menutup kaki.

Foto – Arkib Wanista

Akibat daripada kejadian itu kakitangan itu telah mengeluarkan kata-kata yang kasar dan menampar salah seorang ahli kumpulan itu, “Adakah kamu bodoh? Saya sedang menunjukkan kaki mereka”. Melihat kejadian itu, Doi telah mengalihkan jaket tersebut.

Ramai peminat dan penonton yang menonton V Live memberikan kutukan dan pelbagai kecaman terhadap agensi tersebut mengenai kejadian itu. Kini agensi FENT telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf kepada ahli kumpulan tersebut dan penonton berkaitan dengan kejadian itu.

Sebagai sebuah agensi, kami memandang serius akan hal ini di mana salah seorang kakitangan kami telah membuat pernyataan yang kurang enak ketika FANATICS’s V Live pada 7 September 2020. Pertama sekali, kami memohon maaf terhadap ahli kumpulan FANATICS yang telah dikasari. Kami telah mengambil tindakan terhadap kakitangan yang tidak sewajarnya melakukan perkara tersebut. FENT akan lebih berhati-hati pada masa akan datang untuk mengelak kejadian seperti ini daripada berlaku.

Macam-macam kan bila berada dalam industri hiburan ini. Semoga FANATICS tabah dalam menghadapi kejadian ini.

 

IKLAN

RUJUKAN: 1, 2

ahli fantaics ditamparfanaticsfanatics ditamparfanatics kpopgirl group kpop fanaticstampar ahli fanaticsv livev live fanatics
Recommended