Macam Mana Boleh Terjadinya Kes Lemas Tidur Dalam Kereta?

Kelmarin satu kes melibatkan penuntut kolej menjadi mangsa keracunan gas karbon monoksida ketika tidur di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Samagagah.

Difahamkan terdapat empat mangsa di dalam kereta berkenaan, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, seorang meninggal dunia ketika dirawat di hospital dan seorang lagi masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Isunya di sini adalah bagaimana kes lemas tidur dalam kereta boleh berlaku, hingga boleh membawa maut tanpa disedari. Ikuti kupasannya bersama penulis di bawah.

#1 Tidur Sambil Buka Enjin

Foto – The Road Trip

Siapa yang tidak pernah tidur di dalam kereta sambil enjin kereta hidup bukan, tapi pernahkah kamu terfikir masalah mekanikal kereta boleh berlaku semasa kamu sedang lena tidur dalam kereta?

Kebocoran ekzos boleh berlaku dalam kabin kenderaan semasa kamu sedang tidur, lalu menyebabkan kamu berisiko tinggi untuk mati lemas di dalam kereta semasa sedang tidur.

#2 Paras Oksigen Menurun

Foto – Desert Oasis

Apabila ekzos bocor ia mengeluarkan gas karbon monoksida ke dalam kereta, lalu menyebabkan paras oksigen menurun secara perlahan-lahan tanpa disedari.

Dengan gas karbon monoksida yang terkumpul di dalam kereta, tubuh secara tidak langsung bertindak menghirup gas karbon monoksida bagi menggantikan gas oksigen yang kurang di dalam kereta.

#3 Karbon Monoksida Grim Reaper Yang Perlu Ditakuti

Foto – Goody Feed

Orang ramai kini perlu lebih peka dan ambil serius tentang hal tidur dalam kereta, ini adalah kerana apabila hidung menghidu karbon monoksida semasa tidur ia memberi kesan terhadap oksigen dalam darah.

Apabila darah membawa gas karbon monoksida lebih banyak di dalam darah, ia boleh menyebabkan berlakunya kematian secara tiba-tiba atau sudden death.

#4 Tingkap Buka Tapi Enjin Hidup Tak Guna Juga

Foto – Google

Ada juga kes yang mana tingkap kereta dah buka tetapi tetap juga ada kes mangsa lemas tidur dalam kereta, jadi mana silapnya?

Untuk pengetahuan semua meskipun tingkap kereta telah di buka, tetapi ia tidak berguna kerana enjin kereta masih hidup dan gas karbon monoksida boleh terkumpul lalu menyebabkan paras oksigen menurun.

#5 Kekurangan Oksigen Menyebabkan Cecair Dalam Badan Kurang

Foto – Car From Japan

Apabila oksigen dalam darah berkurangan dan digantikan dengan gas karbon monoksida, ia akan menyebabkan tubuh kehilangan cecair dalam badan selepas satu jangka masa. Jadi tidak hairanlah kejadian lemas tidur dalam kereta boleh berlaku.

Foto – Road Trippers

Jika kamu ingin tidur sebentar merehatkan diri sebelum menyambung perjalanan, sebaik-baiknya carilah tempat yang sesuai untuk kamu tidur dan berehat sebentar.

Tetapi jika tiada tempat sesuai maka tidurlah sambil enjin kereta di tutup dan kemudian buka tingkap sedikit untuk beri udara dan angin masuk ke dalam kereta.

Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2, 3,

Bahaya Tidur Dalam KeretaKenapa Boleh Lemas Tidur Dalam KeretakeretalemasLemas Dalam KeretaLemas Tidur Dalam KeretaMangsa Tidur Dalam Kereta
Uncategorized
Recommended