Sumpah Stailo Fesyen ‘Couple Looks’ Deepika Padukone Dan Ranveer Singh

Siapa yang tak kenal dengan pasangan bollywood paling sensasi, Deepika Padukone dan suaminya Ranveer Singh kedua-duanya nampak sama cantik dan sama padan.

IKLAN

Bukan itu saja, pasangan sejoli ini juga memiliki sentuhan fesyen yang cool dan juga stailo. Kalau tak percaya, jom tengok fesyen couple looks Deeepika dan Ranveer bersama wanista di bawah.

#1 Hot & Passion

Terdoga lihat gaun kembang warna merah hati yang di pakai oleh Deepika ini, manakala suaminya pula Ranveer memilih untuk memakai sut tuxedo warna hitam pekat sebagai gandingan sedondon bersama sang isteri tercinta.

Opss, tidak lupa aksesori wajib Ranveer iaitu kacamata bingkai besar yang cool itu!

Foto – Arkib Wanista

#2 Fashionista

Deepika kelihatan menawan dengan gaun labuh rona hitam yang seksi dengan potongan v di bahagian dada, manakala Ranveer mengenakan sut one piece dengan motif flora yang berwarna ungu, merah dan biru gelap.

Foto – Arkib Wanista

#3 Master & Me

Terserlah aura bangsawan tatkala melihat fesyen yang digayakan oleh Ranveer Singh bersama isterinya ini. Ranveer mengenakan sut labuh one piece, sambil memegang tongkat dan memakai kaca mata sebagai aksesorinya kali ini.

Manakala Deepika pula kelihatan lebih berkarisma dengan mengenakan sut body fit rona hitam bersama pant berjalur rona hitam dan peach.

Foto – Arkib Wanista

#4 James Bond x Charlie’s Angels?

Sumpah cool gila fesyen Ranveer dengan memakai one piece sut rona hitam sambil memakai topi dengan rona yang serupa. Manakala Deepika mengenakan bodysuit retro yang seksi dan menggoda.

Foto – Arkib Wanista

#5 Beauty And The Macho Guy, Ehh..

Fesyen yang ini kelihatan santai dan bersahaja, Ranveer mengenakan seluar dan kemeja-t berwarna hitam bersama jaket dua tona warna iaitu biru gelap dan hitam.

Manakala Deepika lebih selesa mengenakan blouse denim polkadot, bersama seluar jeans koyak dan memakai kacamata hitam besar sebagai aksesori.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

#6 Keep Calm And Relax

Serius rare fesyen pasangan sejoli ini tatkala menghadiri majlis karpet merah, Deepika kelihatan sempoi mengenakan kemeja putih besar sambil memakai waist bag berwarna hitam dan juga seluar jenis biker short.

Manakala suaminya kelihatan santai dengan memakai seluar sukan rona merah hati dan mengenakan baju-t, waist bag, topi bucket dan juga berkacamata hitam.

Foto – Arkib Wanista

#7 Bergaya Sakan Dengan Sportswear Yang Cool

Kedua-dua pasangan sejoli ini mengenakan pakaian sukan one piece yang sama padan dan eksklusif, Ranveer mengenakan sportwear dari Gucci. Manakala Deepika kelihatan anggun dengan sportwear dari jenama Nike.

Foto – Arkib Wanista

#8 Couple In Black

Sumpah cool gila tengok fesyen Deepika dan Ranveer yang serba hitam, dan kacamata mereka berdua juga berwarna rona hitam pekat!

Foto – Arkib Wanista

#9 Stailo Dan Ranggi

Suka tengok Ranveer memakai kemeja berwarna biru langit dan seluar jeans dengan rona yang sama, sambil memakai jaket labuh kotak-kotak berwarna coklat dan juga memakai topi checker serta kacamata bingkai besar.

Manakala Deepika tampil kelihatan ranggi dengan seluar berjalur berwarna biru, bersama blouse strip rona biru cair sambil memakai sweatshirt oversize yang berwarna oren. Aksesori pula, Deepika memakai skarf strip di leher, sambil mengenakan kacamata hitam.

Foto – Arkib Wanista

#10 Bersama Untuk Selamanya

Sweetnya Ranveer dan Deepika mengenakan busana baju pengantin, ini baru satu set baju pengantin belum lagi tengok set-set baju pengantin yang lain. Sumpah cantik!

Foto – Arkib Wanista

Serius stailo habis fesyen merpati sejoli, semua fesyen-fesyen yang digayakan cantik sangat! Antara 10 fesyen yang penulis senaraikan, kamu suka yang mana satu?

Deepika Padukonefesyen artis bollywoodFesyen Couple LooksFesyen Couple Looks Deepika & Ranveer SinghFesyen Couple Looks Deepika PadukoneFesyen Couple Looks Ranveer Singhranveer singh
Recommended