Pelembap muka tidak boleh diabaikan dalam rutin penjagaan kulit anda. Dalam rutin penjagaan kulit, pelembap sangat penting kerana ia mengelakkan penuaan pra matang dan jerawat.
Hydration sangat penting untuk kulit kerana kadang-kadang pengeluaran minyak berlebihan boleh menyebabkan jerawat dan kekeringan. Jadi dengan memakai pelembap, anda dapat mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan atau kekeringan.
Walaupun ramai yang mengatakan pelembap tidak boleh digunakan bagi kulit yang berjerawat tetapi melembapkan muka anda dua kali sehari dapat mengurangkan pengeluaran minyak dan jerawat. Kulit yang sempurna dengan lembapan akan mengawal minyak kulit dengan sendirinya.
Jenis pelembap apa yang perlu beli?
Pelembap yang menggunakan humectants dapat menarik kelembapan, emollients untuk melembapkan permukaan dan occlusive untuk mengunci kelembapan.
Untuk kulit berminyak, anda perlu mencari pelembap yang bertekstur gel untuk tidak rasa berat pada wajah. Kulit normal sehingga kering, tekstur krim boleh menyeimbangkan kulit anda sepanjang hari.
Macam mana nak guna?
Anda sepatutnya menggunakan pelembap pada waktu pagi dan sebelum tidur.
Masa yang terbaik untuk menggunakan pelembap adalah selepas langkah penjagaan kulit yang lain tetapi sebelum sunscreen. Jika anda lebih menyukai membersih dan melembapkan, pastikan muka anda sedikit lembap. Teknik ini akan mengunci kelembapan tambahan dari air.
Pada waktu pagi, lapisi pelembap anda di bawah sunscreen untuk menjaga kulit daripada sinaran UV yang menyebabkan kerosakan. Jika pada waktu malam anda memerlukan kelembapan tambahan, anda boleh gandakan dan guna krim malam dimana ia lebih tebal berbanding waktu siang.
Anda perlu ingat bahawa pelembap sangat penting untuk wajah kekal hidrasi dan sihat. Jika anda abaikannya, tidak lengkap rutin kecantikan dan boleh datangkan kesan kepada wajah.