Post Gambar Quote Di Sosial Media, Menggambarkan Isi Hati Sebenar?

Semenjak kedatangan sosial media seperti Instagram, Facebook, Twitter, WeChat, dan pelbagai platform sosial media lain, ramai pengguna mengguna platform yang ada untuk berkongsi dan mengekspresikan diri sendiri menerusi pentas yang disediakan.

Rata-rata ramai pemilik akaun sosial media sering berkongsi gambar-gambar mengandungi quote berunsurkan kehidupan, kegembiraan, kesedihan, kekeluargaan, percintaan, persahabatan, masa depan, perkahwinan dan perpisahan di laman sosial media masing-masing.

Adakah quote tersebut merupakan mesej dan menggambarkan isi hati sebenar mereka, ketahuinya di bawah.

Menerangkan Apa Yang Tersirat Dengan Jelas

Sebagai manusia kita kadang-kala sukar ingin menyampai sesuatu menerusi kata-kata, tetapi dengan quote yang ringkas ia mampu menerangkan apa yang tersirat dalam hati dengan jelas.

Foto – Arkib Wanista

Lagi Senang Luahkan Apa Yang Terbuku Menerusi Quote

Tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita masing-masing meluahkan apa yang terbuku di hati mereka dengan berkongsi gambar quote di sosial media masing-masing.

Bagi mereka lagi mudah gunakan quote untuk menjelaskan dan meluahkan rasa hati di akaun sosial media, yang mana ramai rakan-rakan dan ahli keluarga mengikuti mereka di sosial media tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Sukar Berkomunikasi Dengan Orang Lain, Inilah Cara Terbaik

Jangan pelik ada segelintir individu kurang berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Justeru itu untuk berkomunikasi atau menyampai mesej, gambar quote adalah cara terbaik untuk mulakan topik komunikasi bersama orang sekeliling.

Foto – Arkib Wanista

Jenis Quote Yang Di Post, Merupakan Situasi Yang Sedang Di Alami

Jika kamu tiba-tiba hilang komunikasi bersama rakan baik dan ahli keluarga, cuba lihat quote yang mereka post di laman sosial media mereka.

Kerana apa yang mereka post itu merupakan isi hati, dan situasi yang sedang mereka lalui dan alami pada ketika itu.

Foto – Arkib Wanista

Jadi boleh dikatakan setiap quote yang dikongsikan di laman sosial media itu, sebenarnya menggambarkan isi hati dan situasi yang mereka lalui pada saat itu.

Mungkin ada dikalangan kamu merasakan individu yang berkongsi gambar quote di laman sosial media, cuma sekadar ingin menarik perhatian umum saja.

Foto – Arkib Wanista

Tapi sebenarnya itulah cara segelintir individu berkomunikasi dan cuba berkongsi maklumat dan mesej, kepada orang sekeliling mereka tentang diri mereka sendiri.

Lagipun tak salah bukan luahkan isi hati menerusi quote di laman sosial media sendiri.

Ayat Quote Gambarkan Isi HatiGambar QuoteKenapa Post Gambar Quote Di Sosial MediaPost Quote Di Laman Sosial MediaQuote
Recommended