Sebelum Nak Bleaching Rambut, Kena Tahu 10 Benda Penting

Merubah warna rambut transformasi drastik untuk inginkan kelainan dalam penampilan.

IKLAN

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda mula mewarna rambut dan khususnya, menggunakan peluntur (bleaching).

Jadi, jika anda tiba-tiba mahukan warna platinum blonde sedangkan warna asal adalah hitam, berkemungkinan hasilnya adalah negatif, melainkan anda sanggup mengeluarkan wang ringgit yang banyak.

Warna Asli Rambut

Sekiranya warna rambut anda adalah gelap, hairstylist anda mungkin akan mencadangkan warna yang betul-betul sesuai untuk anda. Bila mereka memberi idea, mereka akan mempertimbangkan tahap kesihatan secara keseluruhan serta kemampuan anda untuk membawa dan menjaga.

Foto – Arkib Wanista

Mewarnakan rambut gelap kepada terang mungkin boleh dilakukan dalam satu sesi, tapi ia bukan satu keputusan terbaik untuk kesihatan rambut anda.

Anda Tak Boleh Dapat Warna Platinum Overnight

Walaupun ada stylist yang boleh membuat proses bleaching dalam satu sesi, tetapi sebaiknya lakukan beberapa temu janji secara berasingan supaya anda dapat menjaga rambut.

Foto – Arkib Wanista

Berhati-hatilah dengan stylist yang menjanjikan rambut platinum dalam beberapa jam. Anda mungkin fikir anda dapat menjimatkan masa tapi tengoklah hasilnya nanti. Silap hari bulan anda perlu keluar duit lagi untuk rawatan rambut yang lain.

Bleaching Boleh Membakar

Bukan nak menakutkan anda, tapi anda harus berhati-hati ketika bleaching untuk memastikan kulit kepala anda dilindungi sebelum proses bermula.

Foto – Arkib Wanista

Anda tidak boleh mencuci rambut sebelum mewarna rambut, kerana penting untuk mengekalkan minyak rambut semula jadi di kulit kepala anda. Ia boleh menyembuhkan tapi kena peka terhadap warna pada kulit kepala anda.

Adakalanya warna tersebut tidak sesuai dan memberi iritasi pada kulit kepala.

IKLAN

Setiap Proses Mengambil Masa Yang Berbeza

Setiap kali rambut anda diwarna, ia akan mengambil masa yang berbeza. Ini kerana rambut anda bertindak balas secara berbeza dan juga suhu badan anda dapat mempengaruhi proses warna.

Foto – Arkib Wanista

Sekiranya anda demam atau tidak sihat, warna rambut akan cepat proses kerana badan lebih panas.

Pilih Hari Yang Anda Nak Bleaching Sebaiknya

Wanista cadangkan agar anda tidak membuat temu janji pada hari pertama haid jika anda tidak pernah bleaching sebelum ini.

Foto – Arkib Wanista

Anda jadi lebih sensitif terhadap kesakitan pada hari pertama dan proses warna juga akan jadi remeh.

Cuci Rambut Dengan Air Sejuk Selepas Bleaching

Oleh kerana peluntur kuat pada kulit kepala, penting untuk tidak menggunakan air panas semasa mencuci rambut.

Foto – Habitat

Ini boleh memburukkan lagi keadaan kulit kepala. Jadi, guna air yang lebih sejuk untuk mencuci agar kondisi rambut terjaga.

Rambut Lebih Tebal

Salah satu perkara terbaik tentang proses bleaching adalah menjadikan rambut anda lebih tebal. Warna melekat di setiap helaian rambut menjadikan ia tebal.

Foto – Pinterest

Sekiranya anda mempunyai rambut nipis, highlight mampu memberi volume pada rambut.

Anda Tidak Perlu Cuci Rambut Dengan Kerap

Bonus bleaching bila anda tidak perlu kerap mencuci rambut. Prosesnya dapat mengeringkan kulit kepala dan menjadikan rambut kurang berminyak, tapi bergantung juga pada setengah orang.

Foto – Pinterest

Kena Rajin Pamper Rambut

Bersedia untuk meluangkan lebih banyak masa dengan menjaga rambut. Memandangkan anda bleaching jadi peka untuk membuat rawatan rambut, dalam seminggu sekali atau mengikut bajet.

Foto – Cool Mom

Dapatkan nasihat pakar tentang cara penjagaan rambut – syampu, perapi, minyak, serum, guna produk untuk menguatkan rambut.

Mahal

Tiada proses mewarnakan rambut yang murah, melainkan anda buat sendiri di rumah. Tapi hasil tidak seperti salon.

Sebilangan besar orang yang bleaching harus mewarna rambut setiap empat hingga lapan minggu, bergantung pada berapa cepat rambut tumbuh. Pertimbangkan kos jika anda nekad untuk miliki rambut berwarna terang.

Foto – Pinterest

Perlu ke bleaching? Terpulang kepada anda. Memang ia satu proses yang mengeluarkan belanja besar tapi kalau anda sukakan fun dan eksperimen. Why not?

RUJUKAN : 12

bleachingbleaching rambutcara jaga rambut bleachingproses bleachingproses pemutihan rambuttips bleachingtips warna rambutwarna rambut
Recommended