Apa Perlu Buat Jika Pasangan Berikan Silent Treatment?

Pernah tak anda atau pasangan memberikan silent treatment dalam perhubungan?

IKLAN

Silent treatment terjadi apabila salah seorang dalam hubungan tidak menghiraukan pasangannya. Sama ada pasangan tersebut sedar atau tidak tentang kesalahan yang dilakukan.

Jadi macam mana anda hadapi situasi begini?

Ambil Masa 

Ketika situasi itu berlaku, anda perlu mengambil masa untuk berfikir tentang perkara apakah yang menyebabkan situasi silent treatment.

Foto – Pinterest

Terutamanya jika anda dan pasangan dalam situasi pertengkaran dan ledakan emosi. Jika anda terkena silent treatment itu, anda perlu ambil masa dan bertenang.

Beri Ruang 

Elakkan daripada membuat andaian tentang pemikiran pasangan anda. Silent treatment adalah komunikasi pasif-agresif. Jika anda berfikir untuk mereka, kemungkinan pasangan anda tidak akan belajar untuk kongsi perasaan dan pemikiran mereka.

Foto – Wedding Wire

Jangan Minta Maaf Jika Tak Maksudkannya

Jangan meminta maaf tentang perkara yang anda tidak lakukan. Tetapi anda perlu letakkan diri di tempat pasangan dengan memahami kenapa mereka marahkan anda.

Foto – Love Quotes

Dengan itu anda boleh redakan keadaan dan merapatkan jurang yang berlaku.

Berhadapan Dengan Situasi Itu 

Untuk berhadapan dengan situasi tersebut, anda perlu lakukan dengan berhati-hati untuk elak daripada menjadi lebih buruk.

IKLAN
Foto – NBC News

Pasangan perlu tahu bahawa mereka mempunyai peluang untuk menyuarakan pandangan mereka dengan efektif. Tawarkan peluang kepada mereka untuk bercakap.

Beri Pasangan Sedar 

Anda perlu menjelaskan kepada pasangan bahawa perbuatannya memberikan kesan kepada anda. Tanya secara baik tentang penyebab silent treatment.

Foto – Pinterest

Jika pasangan tidak memberikan kerjasama, sekurang-kurangnya mereka perlu tentang perbuatan mereka itu.

Selesaikan Jika Pasangan Beri Kerjasama 

Jika mereka mahu menyelesaikan masalah, ucapkan terima kasih. Ini akan menjadi penyelesaian yang cepat terhadap silent treatment.

Foto – Pinterest

Sekiranya pasangan anda tetap meneruskan silent treatment, anda tidak mempunyai pilihan selain memberi ruang kepada mereka.

Anda perlu berhati-hati dan bertolak ansur dengan pasangan jika situasi ini berlaku. Cuba untuk memahami pasangan menjadikan semuanya kembali seperti normal.

 

RUJUKAN: 1, 2

apa perlu buat jika pasangan memberikan silent treatmentberikan ruang kepada pasanganhubungan silent treatmentmacam mana nak atasi silent treatmentpasangan dan silent treatmentperlakuan senyapsilent treatment
Recommended