Belum Sempat Namanya Bersinar Kembali, Sandra Dianne Pergi Menghadap Illahi

Hari ini perginya seorang anak seni akibat kemalangan jalanraya pada hari Sabtu yang lalu, Sandra Dianne yang tidak sedarkan diri sejak kemalangan di maklumkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya.

IKLAN

Penyanyi dan juga peserta Big Stage 2020 musim ketiga ini akhirnya pergi jua, setelah hampir seminggu bertarung nyawa di Hospital Putrajaya.

Mengenang pengalaman naik turun anak seni ini, ikuti perjalanan kerjaya Sandra sepanjang berada dalam industri seni tanah air di bawah.

Mentor Legend Menjadi Tapak Pertama Sandra

Foto – Arkib Wanista

Anak kelahiran Sabah ini memasang impian menjadi penyanyi dengan menyertai program realiti anjuran TV3 Mentor Legend, sebuah program mencari bakat baru pada tahun 2014.

Sandra pada ketika itu berusia 20 tahun berjaya menjadi anak didik (protege) kepada Dayang Nurfaizah, bersama dengan rakan senegeri Azmil yang juga berjaya menjadi protege Dayang Nurfaizah.

Lagu Hey Kau! Naikkan Nama Sandra

Foto – Arkib Wanista

Selepas tamat program Mentor Legend Sandra mengeluarkan lagu barunya pada tahun 2015 yang berjudul ‘Hey Kau!’, lagu yang dihasilkan oleh Tam Spider dan Iman Imran ini berjaya menaikkan nama Sandra dalam industri hiburan tempatan pada tahun 2015 hingga 2016.

Sandra Racun Peminat Indonesia

Foto – Arkib Wanista

Gara-gara ledakan lagu ‘Hey Kau!’ pada tahun 2015 penangan lagu tersebut tidak terhenti di situ sahaja, sebaliknya lagu berhantu ini mula menjadi kesukaan ramai rakyat Indonesia pada tahun 2016.

Suara nyanyi Sandra bagi lagu ‘Hey Kau!’ telah meracun peminat hingga ke Indonesia, lalu membuatkan nama Sandra telah dikenali di tanah seberang semasa usianya 22 tahun.

Cuba Bawa Lagu Genre Balada, Namun Kurang Respon

Foto – Arkib Wanista

Kemudian pada tahun 2018 Sandra tampil dengan lagu genre pilihan baru iaitu balada dengan menampilkan lagu yang berjudul ‘Aku Dan Kekasih’, namun tersebut kurang mendapat respon peminat.

Mungkin kerana peminat telah terbiasa dan suka Sandra bawakan lagu bergenre pop yang lebih sesuai dengan umur anak kelahiran Sabah ini, berbanding dengan lagu jenis matang seperti genre balada yang ingin di bawanya.

IKLAN

Big Stage Umpama Dunia Baru Buat Sandra

Foto – Arkib Wanista

Tahun 2020 merupakan tahun untuk Sandra menjenamakan semula namanya, dengan menampilkan sisi dan nafas baru.

Dan dengan menyertai program Big Stage musim ketiga ini, mampu menjadi pentas untuk dirinya menampilkan suatu kelainan buat peminat dan penonton Big Stage.

Jual Ikan Masin Sebagai Pendapatan Sampingan

Foto – Arkib Wanista

Sejak menyelami dunia hiburan sejak dirinya berusia 20 tahun banyak pengalaman jatuh dan bangun wanita muda ini telah lalui, dan dirinya tidak hanya berharapkan mencari rezeki menerusi bidang nyanyian semata.

Malah Sandra juga turut menceburi bidang perniagaan dengan menjual ikan masin di Sabah, Sandra yang tidak mahu bergantung pada satu pendapatan sahaja, mula menjadikan perniagaan ikan masin ini menjadi sumber pendapatan sampingannya sejak PKP dilaksanakan tahun ini.

Foto – Arkib Wanista

Banyak liku-liku hidup Sandra lalui sebagai anak seni, dari namanya naik meledak hingga ke Indonesia sampailah perjalanan karier yang agak suram dua tahun kebelakangan ini.

Dan belum sempat namanya bersinar kembali, Sandra diseru menghadap Illahi, Al-Fatihah untuk Sandra semoga rohnya dicucuri rahmat-NYA.

Rujukan: 1, 2, 3, 4,

Pelatun Suara 'Hey Kau!'Perjalanan Kerjaya SandraSandra Big StageSandra DianneSandra Dianne 'Hey Kau!'Sandra Dianne Meninggal DuniaSandra Meninggal Dunia
Recommended