Bekas ahli kumpulan Kpop idol Stray Kids, Woo Jin atau nama penuhnya Kim Woo Jin dipalit dengan kontroversi, di mana netizen mendakwa bintang idol ini melakukan gangguan seksual pada peminat dan orang awam.
Hal ini kecoh di laman media sosial Twitter di mana ada beberapa akaun (kini akaun tersebut tidak lagi wujud), di laman Twitter mendakwa diri mereka adalah mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh Woo Jin.
Ikuti rentetan kontroversi panas yang terpalit pada bintang Kpop muda ini.
Khabar Angin Tular, Tatkala Sibuk Urusan Debut Solo
Untuk makluman Woo Jin telah lama meninggalkan kumpulan idol Stray Kids pada bulan Oktober 2019 atas hal peribadi, dan kemudian media Korea berkongsi bahawa sejak bulan April pada tahun ini Woo Jin sedang buat persedian untuk debut solo dan fan meeting.
- Foto – Arkib Wanista
Tetapi baru-baru ini tular pula khabar angin yang menyatakan bintang Kpop ini telah melakukan gangguan seksual pada beberapa orang wanita, dan antara wanita yang berkongsi kisah mereka di laman Twitter hanya seorang sahaja yang mengemukakan bukti.
- Foto – Arkib Wanista
Wanita yang tidak diketahui namanya ini mencipta akaun Twitter dengan nama @Qp1qsOkw2xQY0IK, pada awal akaun ini dihidupkan pengguna akaun ini telah tweet bahawa akaun tersebut akan di padam.
Dan kini akaun tersebut tidak lagi wujud selepas dirinya selesai berkongsi tentang kisah serta pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual Woo Jin.
- Foto – Arkib Wanista
Mangsa Lain Juga Tampil ‘Meluahkan’ Kisah Yang Sama Tapi..
Selain itu, terdapat beberapa akaun pengguna Twitter lain yang juga berkongsi kisah yang sama, di mana mereka telah menjadi mangsa gangguan seksual Woo Jin.
Tetapi malangnya akaun yang di dakwa sebagai mangsa ini tidak lagi wujud, meskipun begitu terdapat pengguna akaun Twitter lain sempat membuat rakaman video mengenai ‘luahan’ mangsa tersebut di bawah.
tw // sexual assault
I screen recorded what she said about woojin and what happened to her for anyone that needs it pic.twitter.com/Tg5fKwpXKd
— shar | #1 gunwook enthusiast (@rlglswag) September 8, 2020
Berdasarkan rakaman video mengenai ‘luahan’ mangsa ini, mereka tidak memberikan sebarang bukti seperti gambar atau rakaman video bagi menyokong kenyataan atau dakwaan yang diberikan.
Netizen Jadi 50/50
Dan ini membuatkan netizen berasa 50/50 terhadap tuduhan yang dilemparkan pada bintang Kpop tersebut, ada dikalangan netizen berfikir mungkin berita yang diberikan palsu dan wanita-wanita ini cuba ingin menjatuhkan reputasi artis tersebut.
Meskipun begitu netizen memilih untuk mempercayai kisah si mangsa, dan menanti maklumbalas Woo Jin mengenai isu tersebut.
Woo Jin Beri Respon, Nafi Tuduhan
Semalam 8 September 2020 di akaun Instagram milik Woo Jin, dirinya telah memuat naik status dengan menafikan dakwaan serta tuduhan pengguna Twitter tersebut.
- Foto – Arkib Wanista
Woo Jin menyatakan bahawa dirinya tidak pernah menemui wanita tersebut, tidak pernah berkunjung ke tempat tersebut dan meminta peminat bertenang kerana hal tersebut tidak benar.
- Foto – Arkib Wanista
10x Entertainment Ambil Tindakan Undang-Undang
안녕하세요. 텐엑스엔터테인먼트입니다. 텐엑스엔터테인먼트 소속 아티스트 김우진에 대한 악의적 허위사실에 대해 법적 대응을 진행할 예정입니다.
법적 대응 진행에 앞서, 팬 여러분의 오해가 없도록 관련 사진 자료를 함께 공개합니다.#김우진 #KIMWOOJIN #10xEntertainment #10xEnt pic.twitter.com/p3XOzUOWKt— 10x Entertainment (@10x_ent) September 8, 2020
Selepas Woo Jin mengeluarkan kenyataan menafikan hal tuduhan tersebut, syarikat nauangnya iaitu syarikat TenX Entertainment menyatakan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu tersebut.
Dan syarikat ini juga memaklumkan sebelum mengambil tindakan susulan, mereka mengongsikan dua buah foto Woo Jin berserta tarikh bagi membersihkan nama artis naungannya itu
- Foto – Arkib Wanista
Dimaklumkan foto pertama telah diambil pada 10 Mac dan dimuatnaik di Instagram Woo Jin pada 29 April. Manakala foto kedua pula diambil pada 29 April dirumah Woo Jin sekitar jam 1 pagi.
Sama ada benar atau tidak tuduhan ini, sama-sama kita tunggu hasil siasatan dan tindakan undang-undang yang syarikat TenX Entertainment nyatakan.