BTS ARMY Usia 15 Tahun Bunuh Diri Sebab Tak Kuat Mentaliti?

Baru-baru ini tular di sosial media di mana seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, mati bunuh diri dengan menggunakan pistol milik bapanya.

IKLAN

Hal ini mendapat perhatian ramai kerana remaja perempuan yang berasal daripada Turki ini merupakan BTS ARMY (peminat setia BTS), remaja perempuan yang dikenali sebagai Melisa ini membuat keputusan untuk bunuh diri kerana ahli keluarga tidak memahami keperitan yang dilalui dirinya.

Banyak spekulasi yang berputar mengenai kes remaja perempuan ini, dan buat masa ini tiada sebarang penjelasan dari pihak keluarga Melisa bagi menjelaskan isu tersebut.

Dan ini beberapa butiran yang penulis rangkumkan berdasarkan perkongsian tweet Melisa sendiri di laman Twitternya.

Mentaliti Tak Kuat Cetus Kemahuan Bunuh Diri

Berdasarkan kompilasi tweet yang mendiang kongsikan di laman Twitternya, seolah-olah mentafsirkan bahawa keluarganya tidak memahami apa yang Melisa inginkan dan tidak boleh menerima minat Melisa terhadap Kpop.

Foto – Arkib Wanista

Banyak tweet-tweet Melisa berkisarkan bapanya tidak memahami dan tidak suka dengan apa yang Melisa lakukan, itu membuatkan jiwa Melisa tersinggung dan berasa penat dengan apa yang dilaluinya.

Foto – Arkib Wanista

Mengikuti sejarah tweet yang dipaparkan di laman Twitter milik remaja berusia 15 tahun ini, dirinya meminati dunia Kpop lebih kurang dua tahun lebih.

Kematian Yang Di Rancang

Mungkin remaja ini tidak lagi tahan dengan tentangan keluarganya terhadap minatnya pada Kpop atau mungkin juga dirinya mengalami masalah lain yang bercampur-baur, hingga membuatkan dirinya merancang untuk menamatkan nyawanya sendiri.

Foto – Arkib Wanista

Melisa memuat naik tweet yang memberi mesej dirinya bakal menamatkan riwayatnya sendiri pada 4 September dan 5 September 2020.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Remaja perempuan ini nekad untuk mengakhiri riwayatnya dan berharap dengan kematian ia boleh mengakhiri kesakitan dan kesengsaraan yang dirinya alami.

Sebelum Mati Sempat Tinggalkan Mesej Buat BTS Suga

Sebelum remaja ini pergi buat selama-lamanya, Melisa sempat meninggalkan mesej buat BTS Suga dan mesej tersebut telah diterjemah oleh pengguna laman sosial media lain.

Ini antara mesej terjemahan yang ditinggalkan oleh Melisa sebelum bunuh diri.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Bapa Benci Minat Anak, Dorong Bunuh Diri

Berdasarkan mesej-mesej yang tinggalkan oleh Melisa ini, bapa Melisa di lihat tidak suka atau mungkin benci dengan minat anaknya yang terlalu meminati dunia Kpop hingga mengugut untuk mengoyakkan poster Kpop milik Melisa.

Foto – Arkib Wanista (Melisa pernah berkongsi poster-poster Kpop miliknya)
Foto – Arkib Wanista (antara poster-poster Kpop yang Melisa jaga dan suka di tampal di dinding biliknya)

Tidak cukup dengan itu, bapa Melisa bertindak dengan mengeluarkan kata-kata yang mendorong Melisa untuk bunuh diri dengan menggunakan pistol.

Netisyen Syak Melisa Ada Masalah Psikologi

Kes viral ini membuatkan ramai yang marah pada bapa Melisa dan menganggap bapanya adalah pembunuh, tetapi ada juga yang menyatakan mungkin diri Melisa sendiri memiliki masalah psikologi yang orang ramai tidak tahu.

Foto – Arkib Wanista

Pelbagai analisa dan spekulasi berkisar tentang kes Melisa ini, apa pun jadikan kes ini sebagai ikhtibar buat kita semua.

Nota: Ibu bapa harus bijak mendidik anak terutama golongan remaja, dengan cara nasihat yang betul InsyaAllah perkara seperti ini tidak berlaku. Dan para remaja juga jangan terlalu ikutkan perasaan, setiap masalah ada jalan penyelesaian.
Rujukan: 1, 2,
Bapa Benci Minat Anak Taksub Kpopbts armyBTS ARMY TurkiBTS ARMY Usia 15 Tahun Bunuh DiriRemaja 15 Tahun Bunuh DiriRemaja Bunuh Diri
Recommended