Menjadi viral di media sosial, cheesecake Tom & Jerry rupanya mudah dibuat.
Tidak perlu menggunakan oven, jom cuba resepi ini.
Bahan-bahan:
- 350g coklat putih
- 200 ml whipping cream
- 30g cream cheese
- 1 tbsp serbuk gelatin [BELI]
- 2 tbsp gula
- Pewarna makanan (kuning)
- Acuan [BELI]
- Piping bag [BELI]
Cara-cara:
- Campurkan serbuk gelatin dengan air. Biarkan selama 15 minit.
- Cairkan coklat putih dan gaul dengan pewarna makanan sehingga sebati.
- Masukkan (2) dalam acuan dan ratakan. Jangan terlalu tebal.
- Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 20 minit.
- Cairkan (1) menggunakan air panas iaitu teknik double boil.
- Hancurkan cream cheese dan masukkan serbuk gelatin yang telah dicairkan dengan gula. Gaul sehingga sebati.
- Pukul whipped cream sehingga menjadi 50%.
- Campurkan (6) dengan whipped cream sedikit demi sedikit.
- Masukkan dalam piping bag.
- Picit adunan (8) piping bag ke dalam acuan (3) yang telah mengeras.
- Ratakan adunan tersebut dan lapiskan bahagian atas dengan lebihan (2) untuk tutup cream cheese.
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit dan siap!
Nampak sedap sangat dan mudah untuk diikuti. Jom cuba!