Susah nak percaya dengan produk tempatan, rata-rata mereka pernah menjadi mangsa produk yang mengandungi bahan terlarang.
Tetapi tidak dengan Bougas Beauty.
Diasaskan pada tahun 2017, produk kecantikan tempatan ini telah mengeluarkan produk yang sering menjadi perbualan ramai wanita iaitu:
# Bougas Beauty Advanced Serum
Tekstur ringan dan tidak melekit, water-based serum ini berfokuskan dalam merawat kulit. Bebas daripada alkohol, campuran pewangi dan merkuri, serum ini sesuai digunakan oleh kesemua jenis kulit.
Menggunakan 4 bahan aktif seperti:
- Sakura – Bertindak dalam membersihkan kulit secara semula jadi, mengurangkan garis muka, masalah kulit kusam dan membaiki sel yang rosak pada kulit muka.
- Peony – Membantu dalam mencerahkan serta melancarkan peraliran darah di bahagian muka.
- Saxifraga – Membantu dalam mengawal minyak serta mengecilkan pori di kulit muka.
- Scuttelaria Baicelansis – Melambatkan proses penuaan, membantu mencerahkan kulit dan tona yang tidak sekata serta dapat mengurangkan jerawat dan memudarkan parut jerawat.
# Bougas Beauty Facial Cleanser
Pencuci muka yang tiada buih dan pewangi sememangnya rakan baik setiap wanita. Pencuci muka oleh Bougas Beauty ini boleh melembapkan kulit dan membersih secara mendalam.
Teksturnya milky gel sangat gentle pada kulit wajah dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif. Menggunakan 2 bahan semula jadi seperti:
- Minyak Zaitun – Bertindak dalam melembapkan kulit kering, menghaluskan kulit muka, merawat jerawat dan mengecilkan liang pori.
- Minyak Kelapa Dara – Membantu dalam memudarkan parut, merawat tona kulit yang tidak sekata dan melambatkan proses penuaan.
# Bougas Beauty Face Scrub
Kombinasi terbaik dalam mengurangkan sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit dan menjadikan kulit lembut dan segar. Dengan manik-manik halus yang diperbuat daripada Cellulose Acetate, face scrub ini tidak akan irritate kulit dan sesuai digunakan untuk 2-3 kali seminggu.
# Bougas Beauty All Day Moisturizer
Tidak mempunyai pewangi, pelembap muka jenis gel ini membantu dalam menguatkan skin barrier.
Bahan-bahan pelembap muka yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit muka dan sangat disyorkan kepada mereka yang berkulit normal dan berminyak.
Mendapat pengiktirafan sebagai ‘Super Health Brand’ Asia Pasifik 2019, ini menjadikan Bougas Beauty sebuah jenama tempatan yang bebas daripada bahan-bahan terlarang dan dapat meningkatkan keyakinan pengguna ketika menggunakannya.
Anda boleh mendapatkan rangkaian Bougas Beauty ini di laman rasmi Bougas Beauty, Facebook dan Instagram.