Seorang wanita terkejut melihat foto anaknya yang berusia lapan tahun dijadikan sebagai patung seks kanak-kanak, oleh seorang penjual produk seks di Amazon.
Wanita yang ingin dikenali sebagai Terri ini berkata foto tersebut dikongsikan oleh rakannya di laman Facebook, yang melihat gambar di iklan tersebut menyerupai wajah anak perempuan Terri.
Terri mengenalpasti dan mengaku bahawa gambar iklan patung seks tersebut menyerupai wajah anak perempuannya berasa bercampur baur, marah, sedih, terkilan kerana ada manusia sebegini lakukan perbuatan terkutuk dan jijik menggunakan gambar anaknya.
Patung Seks Wajah Anak Berharga RM2,319
Terri melihat foto iklan patung seks berwajah anaknya itu, mengenakan pakaian, stail rambut dan mainan yang sama seperti anaknya.
- Foto – Arkib Wanista
Tambah menyedihkan lagi, apabila patung seks tersebut di jual di Amazon dengan harga US$559 atau RM2,319 dan rata-rata ramai yang berminat membeli patung seks berwajahkan anaknya itu.
Patung Seks Kanak-Kanak Untuk Golongan Pedofilia
Terri berasa marah sangat terhadap penjual produk seks tersebut yang menggunakan wajah anaknya sebagai bahan untuk menghasilkan patung seks untuk golongan pedofilia, dan menyatakan perbuatan ini sangat jijik dan harus dihentikan segera.
- Foto – Independent Eagle (Foto sebelah kanan merupakan gambar anak perempuan Terri yang berusia 8 tahun dan foto sebelah kiri merupakan patung seks yang menyerupai anaknya)
Patung Seks Paling Laris Di Amazon
Selain itu, Terri juga menyatakan dirinya sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa patung seks berwajah anaknya itu dikategorikan sebagai item paling popular laman Amazon semenjak November 2019 lalu.
- Foto – Arkib Wanista
Tambahan lagi, ramai yang telah membeli patung seks tersebut memberi review produk dengan menyatakan “good item during these times” dan pelbagai komen review yang lain lagi.
Amazon Ambil Tindakan
Berikutan hal patung seks menyerupai anaknya itu,Terri telah menghubungi Amazon mengenai hal tersebut. Amazon kemudiannya terus membuang produk tersebut dari laman sesawangnya dan memberi amaran keras kepada penjual produk agar mematuhi syarat penjualan.
- Foto – BuzzFeed
Dan jika ada penjual tidak mematuhi syarat dan langkah penjualan yang ditetapkan oleh Amazon, akaun penjual akan di buang serta-merta.
Mahu Semua Produk Patung Seks Kanak-Kanak Di Ban
Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku Terri bekerjasama dengan Child Rescue Coalition, agar semua penjualan patung-patung seks kanak-kanak di ban di seluruh United States.
- Foto – BBC
Terri tidak mahu apa yang berlaku pada anaknya terkena pada kanak-kanak lain, kini lebih 97,000 orang telah menandatangani petisyen ban penjualan patung seks kanak-kanak di Amerika Syarikat.
Perkara seperti ini harus dipandang serius, jika ianya tidak dikekang akan semakin menjadi-jadi insiden kanak-kanak dijadikan sebagai hamba seks oleh golongan pedofilia ini.