2 Petua Mujarab Untuk Rumah Kekal Wangi

Rumah yang  bersih dan wangi bikin hati kita nyaman dan tenang.

IKLAN

Wanista nak kongsikan dua petua tradisional yang boleh anda semua cuba untuk rumah kekal wangi. Petua ini tidak memerlukan anda mengeluarkan wang ringgit yang banyak, hanya produk wangian serba ringkas.

Bahan utama yang diperlukan ialah Softener Downy Perfume, dan dicampurkan sedikit dengan Sabun Mandi Lux.

Foto – Arkib Wanista

Wangikan Rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • 1 sudu teh cuka

Dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Mudahkan? Mengikut pengkongsian, rata-rata bersetuju dengan keberkesanan petua ini. Jadi, anda cuba sendiri di rumah. Selamat Beramal!

RUJUKAN

IKLAN
petua rumah wangirumah bau tengikrumah kekal wangirumah wangirumah wangi dan segartips haruman rumahtips rumah wangi
Recommended