Sebab Itu Rambut Bangs Artis Korea Cantik Dan Kemas

Orang kata kalau nak nampak muda dan comel, rambut bangs rahsianya. Betul ke?

IKLAN

Tapi masalahnya rambut bangs boleh jadi serabut dan serabai bila kita asyik bergerak, apa lagi kalau ada angin. Siapa yang lebih baik untuk berkongsi tips penjagaan, kalau tidak hairstylist profesional yang pernah bekerja dengan beberapa artis Korea.

Artis Korea terkenal dengan stail rambut bangs, baik lelaki dan perempuan. Bila mereka gayakan stail ini, mereka kelihatan menarik sekali, rambut kemas sentiasa. Kita yang melihat rasa tertawan.

Berita baik, hairstylist yang pernah bekerja dengan 2NE1 dan IU berkongsi rahsia memastikan bangs anda tetap di tempat. Ada dua cara kamu boleh cuba…

Hair Spray

Foto – Arkib Wanista

Penata rambut mengatakan nak mendapatkan bangs ikonik macam Blackpink Lisa, satu alat penting perlu ada adalah hair spray. Bila sembur beberapa kali di rambut, bangs confirm akan kekal di tempat, walaupun anda menggerakkan kepala.

Hair Rollers

Foto – Arkib Wanista

Selain semburan rambut, penata rambut kata cuba gulung rambut dari belakang. Teknik ini menambah volume pada bangs dan menjadikannya lebih mudah untuk digayakan. Bila ada masa lapang, rajinkan diri gulung rambut. Trik ini adalah altrenatif yang sangat mudah dan murah.

Tonton Video Penuh Tentang Tips Mekap Dan Stail Rambut

 

Selamat Beramal!

fringerambut artis korearambut bangsstail rambut artis koreastail rambut bangstips jaga bangstips jaga rambut
Recommended