Cara-Cara Pakai Kondom Dengan Betul, Orang Dewasa Kena Tahu

Apa yang terlintas di fikiran jika kamu terfikir tentang kondom?

IKLAN

Wanista nak tanya sikit adakah kamu tahu sama ada pasangan kamu memakai kondom dengan betul atau tidak, adakah pasangan kamu jenis main sarung sebelum melakukan hubungan.

Jika ya, mungkin maklumat ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk kamu kongsikan kepada pasangan cara-cara memakai kondom dengan betul.

Mungkin ada dikalangan kamu beranggapan ianya tidak penting tetapi percayalah dengan mengikuti cara pemakaian kondom yang betul, hubungan seks kamu dan pasangan akan jadi lebih nikmat dan menjaga kebersihan bahagian intim.

#1 Semak Tarikh Luput

Perkara utama sebelum nak guna kondom adalah semak tarikh luput pada kotak kondom, jika kondom tersebut telah melepasi tarikh luput terus buang dan ambil kondom dengan tarikh luput yang baru.

Foto – The Queen’s Journal

#2 Buka Plastik Kondom Dengan Cermat

Masa nak koyakkan plastik kondom tersebut, sila jangan tergopoh-gapah ya. Koyakkan plastik kondom mengikut garisan yang telah dilabelkan, agar kondom tersebut tidak rosak.

Foto – Cosmo Ph

#3 Pegang Hujung Kondom

Tatkala kepala zakar sedang mengeras, ia adalah waktu yang bagus untuk memakai kondom. Selepas plastik kondom di buka kondom akan menjadi bentuk seperti puting, pegang bahagian hujung kondom yang seperti puting tersebut dalam ukuran satu inci dan masukkan kondom atas kepala zakar.

Ruang satu inci yang ditinggalkan tersebut akan membantu untuk menampung air mani dan memerangkap udara agar air mani tidak mudah keluar.

Foto – Arkib Wanista

#4 Tarik Kondom Ke Bawah

Apabila kondom telah berada di atas kepala zakar, tarik kondom ke bawah dengan tertib hingga sampai ke hujung zakar.

Sambil roll kondom ke hujung zakar akan ada buih-buih kecil di sekitar batang zakar, oleh itu urut sedikit untuk hilangkan buih-buih tersebut.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

#5 Sedia Untuk Beraksi!

Selesai memakai kondom, barulah boleh beraksi di ranjang dengan penuh nikmat.

Foto – Live Tantra Academy

#6 Tarik Keluar Kondom Dengan Cermat

Setelah selesai melakukan hubungan seks pegang kondom yang berada di hujung batang zakar, dan tarik keluar zakar dari bahagian intim pasangan secara perlahan-lahan agar air mani yang terkandung dalam kondom tidak terkeluar.

Foto – Arkib Wanista

#7 Buang Kondom Dengan Baik

Pastikan kondom tersebut di buang dengan baik dalam tong sampah setelah selesai guna.

Foto – Arkib Wanista

Info Bonus Menggunakan Kondom

  • Simpan kondom di tempat yang sejuk, kering, jauh dari benda yang tajam atau terkena pancaran cahaya matahari.
  • Jangan simpan kondom dalam poket seluar, kereta atau bilik air terlalu lama atau sehingga satu bulan kerana ia boleh merosakkan kondom.
  • Sentiasa semak tarikh luput kondom sebelum guna.
  • Jika semasa sedang melakukan seks, kondom tersebut menggelongsor atau longgar, itu bermakna saiz kondom tersebut tidak sesuai dengan saiz zakar pasangan.
Foto – Bustle

Jangan anggap cara pemakaian kondom tak penting, kerana dengan cara pemakaian yang betul boleh melindungi kesihatan dan kebersihan diri kamu dan pasangan.

Rujukan: 1, 2, 3,

Cara Pakai Kondom Dengan BetulGuna Kondom Dengan BetulKondomLangkah Betul Guna KondomMaklumat Tentang Kondomtips pakai kondom
Recommended