Nak Survive Ketika Sesat Dalam Hutan, Belajar Dari Orang Dayak

Bercuti bersama rakan-rakan di dalam hutan, jauh dari hingar pingar kotaraya memberikan kepuasan pada diri. Menikmati keindahan kehijauan alam dan menghirup udara segar pastinya dapat menenangkan jiwa, tapi lain pula jadinya bila mana percutian menjadi tragedi.

IKLAN

Tiada siapa yang inginkan percutian santai bertukar tragedi misi mencari dan menyelamat pula bukan?

Justeru itu, bagi yang ingin bercuti masuk dalam hutan bersama rakan-rakan atau pun secara solo, pastikan diri kamu tahu serba serbi tentang ilmu hutan atau cara nak survive di dalam hutan jika kamu sesat.

Kalau tak tahu caranya, jom lihat beberapa ilmu hutan yang berguna dari orang Dayak dan masyarakat orang asli di bawah.

Patah Balik Dan Cari Kawasan Sesuai Untuk Berehat

Kalau kamu terpisah dari rakan-rakan di dalam hutan dan telah sesat selama 30 minit hingga satu jam, cuba kembali semula ke tempat asal kamu atau trek laluan asal yang telah kamu lalui.

Kemudian cari kawasan yang sesuai untuk kamu berteduh dan berehat di sekitar trek laluan tersebut.

Buat Penanda Pada Pokok

Foto – Pikist

Apabila kamu sedar yang diri kamu telah sesat dalam hutan jangan panik tenangkan diri, dan cuba ingat kembali trek yang kamu telah lalui. Kemudian buat penanda pada setiap trek yang kamu lalui, ia boleh membantu rakan-rakan dan pasukan menyelamat menjejaki lokasi kamu.

Ketukan Akar Banir Penghantar Isyarat

Foto – Arkib Wanista

Selain membuat penanda pada pokok, kamu juga boleh menghantar isyarat kepada rakan dan pasukan penyelamat dengan membuat ketukan yang kuat pada akar banir (seperti dalam gambar).

Akar pokok banir yang besar ini boleh mengeluarkan bunyi sejauh beberapa kilometer. Ketuk akar banir sebanyak dua kali dengan menggunakan kayu sederhana besar.

Pastikan jarak ketukan dalam dua ke empat saat untuk setiap ketukan, untuk memberi isyarat yang betul kepada rakan dan pasukan menyelamat.

IKLAN

Berburu Haiwan Ikut Lawan Arah Angin

Foto – Telegraph

Makanan merupakan salah satu aspek penting apabila sesat di dalam hutan, oleh itu kamu perlu mencari makanan sendiri dengan memburu haiwan hutan yang boleh di makan.

Orang Dayak mempunyai teknik memburu yang tersendiri, mereka akan memburu mengikut lawan arah angin supaya haiwan yang ingin di buru tidak mencium bau manusia di hutan.

Hanyutkan @ Tanam Makanan

Foto – Arkib Wanista

Tatkala sesat dalam hutan perkara utama yang perlu kamu beri perhatian adalah di serang haiwan buas, biasanya haiwan-haiwan liar ini akan tertarik pada bau makanan yang kamu miliki.

Sebaik saja selesai makan makanan, baki makanan yang ada kamu perlu tanam atau hanyutkan ke dalam sungai agar haiwan buas tidak dapat menghidu bau makanan di tempat kamu berada.

Lumut Taik Kera

Kalau kamu sesat dan berjalan hingga tiba waktu malam untuk mencari jalan pulang, pastinya lampu adalah sumber utama untuk kamu melihat keadaan sekeliling.

Kamu mungkin bergantung pada lampu telefon pintar dan lampu suluh yang kamu bawa tapi selama mana bateri telefon dan lampu suluh boleh berfungsi kan?

Foto – Arkib Wanista

Justeru itu, salah satu cara untuk kamu lihat jalan dalam hutan yang gelap waktu malam adalah dengan bantuan lumut taik kera, yang mana lumut taik kera tersebut akan mengeluarkan cahaya tatkala terkena pancaran cahaya bulan.

Dan kamu juga boleh ikut laluan lumut di waktu malam kerana lumut ini biasa tumbuh di kawasan laluan haiwan atau manusia.

Elak Berehat Di Kawasan Sunyi Sepi Dan Berbau Hamis

Foto – National Geographic

Dalam hutan kamu akan mendengar pelbagai bunyi dari unggas, serangga, dan haiwan liar lain. Tetapi jika di kawasan yang kamu lalui bertukar menjadi senyap, sunyi sepi dan tiada lagi bunyi-bunyian dari unggas bermakna ada haiwan buas yang sedang menghendap di kawasan kamu lalui itu.

Elak berada lama di trek tersebut dan pergi ke kawasan lain. Selain dari bunyi, kamu juga perlu peka dari segi bau jika di kawasan tersebut tiba-tiba ada bau hamis kemungkinan besar terdapat harimau, harimau akar atau beruang di sekitar trek laluan kamu.

Foto – Sunrise Odyssey

Sebenarnya banyak pengalaman dan ilmu hutan dari orang Dayak dan masyarakat orang asli khususnya, boleh kita pelajari untuk survive tatkala sesat dalam hutan.

Diharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kamu yang ingin menjelajah dalam hutan bersama rakan-rakan ataupun solo.

Rujukan: 1, 2, 3,

Apa Perlu Buat Jika Sesat Dalam HutanCara Hidup Dalam Hutan Macam Orang AsliIlmu HutanIlmu Hutan Orang DayakKemahiran Hidup Di HutanSesat Dalam Hutan
Recommended