Influencer Dee Kosh Dituduh Melakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja Lelaki

Influencer daripada Singapura, Darryl Ian Koshy, 32 tahun atau dikenali dengan nama Dee Kosh telah dikenakan beberapa tuduhan iaitu gangguan seksual dalam talian terhadap remaja lelaki. Dee Kosh telah menafikan tuduhan itu dengan memuat naik beberapa posting di Instagram miliknya.

Foto – Arkib Wanista

Tuduhan itu dikenakan kepada Dee Kosh apabila seorang remaja lelaki, Epaul telah berkongsi beberapa perbualannya dengan Dee Kosh di Instagram. Epaul mengatakan bahawa Dee Kosh telah menyapanya untuk mengetahui tentang umurnya selepas melihat Epaul dan rakannya di Instagram Live miliknya.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Epaul yang menyatakan bahawa dirinya “straight” apabila ditanya berkaitan dengan sexual orientation, Dee Kosh tidak menghiraukannya dan terus menghantar pesanan di Telegram menggunakan secret chat. Secret chat berfungsi untuk menunjukkan kepada pihak lain sekiranya perbualan itu dirakam atau screenshot.

Foto – Arkib Wanista

Dengan menggunakan wang, Dee Kosh terus memikat Epaul untuk melakukan aksi seksual terhadap Dee Kosh dengan menggunakan alasan “Itu hanyalah untuk selebriti, tetapi kamu akan ditutup matanya untuk melindungi identiti selebriti tersebut”.

Foto – Arkib Wanista

Menolak tawaran tersebut, Epaul mendedahkan Dee Kosh memintanya untuk menghantar gambar selfie kepadanya setiap hari untuk membuatkan dirinya berasa selesa dengan Dee Kosh.

“Dia kerap meminta saya melakukan beberapa permintaan seksualnya menggunakan beberapa akaun Instagram secara rawak untuk membuatkan saya bersetuju dengannya, tetapi saya tahu akaun-akaun tersebut adalah dia berdasarkan cara percakapannya”, ujar Epaul.

Foto – Arkib Wanista

Selepas tuduhan-tuduhan tersebut disebarkan, Dee Kosh telah menghubungi Epaul untuk bertanyakan sekiranya Epaul ingin menyelesaikannya terlebih dahulu dengannya. Akibat daripada penyebaran tersebut, surat guaman daripada peguam Dee Kosh dari firma guaman DC Law LLC  telah dikeluarkan untuk Epaul.

Dalam surat guaman tersebut, Epaul telah diarahkan untuk:

  1. Segera berhenti daripada menerbitkan atau menyampaikan kandungan yang menyinggung atau pelbagai yang berkaitan dengannya kepada pihak lain atau di mana-mana platform dan dari mendapatkan atau memudahkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama;
  2. Segera berhenti daripada menerbitkan atau menyampaikan kandungan lain yang mengganggu, tidak benar, memfitnah pelanggan kami di mana-mana media atau platform dan dari mendapatkan atau memudahkan orang lain melakukan perkara yang sama;
  3. Dalam dua (2) hari dari tanggal surat ini, berikan bukti bahawa permintaan yang dinyatakan pada perenggan 8(a) di atas telah dipenuhi; dan (d)
  4. Dalam waktu dua (2) hari dari tanggal surat ini, berikan kami janji bertulis dalam bentuk yang dinyatakan di Lampiran A surat ini.

Akibat penyebaran tuduhan-tuduhan tersebut, beberapa orang mangsa Dee Kosh tampil untuk berkongsi kejadian yang menimpa kepada mereka seperti Epaul:

1.Aplikasi Snapchat 

Seorang pengguna Twitter telah mengongsikan peristiwa yang sama berlaku kepada sepupunya apabila disapa oleh Dee Kosh di Snapchat pada tahun 2017. Dee Kosh telah menawarkan wang untuk melakukan kerja-kerja seksual pada remaja lelaki yang hanya berumur 17 tahun pada waktu itu.

2. Aplikasi Grindr 

Dee Kosh telah menyapa remaja lelaki dengan membuat tawaran untuk FWB (Friends With Benefits). Dee Kosh sebelum ini mengaku bahawa dia hanya bereksperimen sahaja dengan lelaki dan dia menegaskan bahawa dia lebih menyukai wanita Melayu.

3. Aplikasi Telegram 

Foto – Arkib Wanista

Seorang remaja lelaki turut mengongsikan beberapa perbualannya dengan Dee Kosh di mana dia ditawarkan $ 1k untuk melihat apa yang remaja lelaki itu boleh lakukan secara privasi. Dee Kosh juga menggunakan secret chat untuk memastikan perbualannya tidak dapat dikesan.

Foto – Arkib Wanista

Disebabkan oleh pertuduhan Dee Kosh mengenai gangguan seksual terhadap remaja lelaki, seorang pengguna Twitter telah menghubungi Dee Kosh untuk mendapatkan penjelasan berkaitan dengan tuduhan tersebut. Dee Kosh telah mengatakan bahawa semua itu hanyalah taktiknya untuk menarik ramai remaja lelaki untuk memasuki dan bergabung dengan agensinya.

Dee Kosh turut memberi respon berkaitan dengan tuduhan yang dihadapinya dengan menyatakan dia telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan semua pertuduhan ini. Dia juga menolak semua tuduhan yang dikenakan kepadanya dan akan membersihkan namanya.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

betul ke dee kosh meminati remaja lelakidarryl ian koshydee koshdee kosh melakukan gangguan seksual terhadap remaja lelakiInfluencerinfluencer singapuraremaja lelakiremaja lelaki singapurayoutubeyoutuber singapura
Recommended