Siapa sangka wabak maut yang mula menular di China pada akhir tahun 2019 ini, sebenarnya telah wujud sejak sembilan tahun lebih yang lalu.
Hal ini terbongkar apabila pakar menemui kertas kajian yang mengandungi data pesakit, yang memiliki simptom seperti Covid-19 pada pekerja lombong di wilayah Yunnan pada tahun 2012.
Virus Dah Wujud Sejak 9 Tahun Lalu
Ahli virologi Jonathan Latham dan biologi molekul Allison Wilson daripada Bioscience Resource Project di Ithaca, menemui data mengejutkan ini selepas menterjemah 66 muka surat kertas kajian doktor perubatan di China yang pernah merawat pekerja lombong yang menghidapi simptom seperti Covid-19.
Berdasarkan penemuan dalam kertas kajian tersebut, doktor yang merawat pesakit lombong itu telah menghantar sampel sel tisu pesakit ke Institut Virologi Wuhan untuk kajian.
Dan berdasarkan kajian yang didapati, pakar kini yakin bahawa ini adalah asal usul sebenar wabak Covid-19 yang menular di seluruh negara pada masa ini.
Our new analysis proposes that #COVID19 (#SARSCoV2) leaked from the Wuhan Institute of Virology which was studying tissues from miners who died in 2012 in a novel #coronavirus outbreak. We call it the Mojiang Miners Passaging theory: #MMPtheory https://t.co/UdCB7CASxM
— Bioscience Resource Project (@BioSRP) July 16, 2020
Simptom Coronavirus Dah Wujud Sejak 2012
Pada bulan April 2012 enam pekerja lombong yang bekerja di perlombongan Mojian yang terletak di barat daya wilayah Yunnan, jatuh sakit selepas 14 hari menghabiskan masa membuang najis kelawar di lombong tersebut dan tiga dari pekerja tersebut telah meninggal dunia.
- Foto – Trends Wide
Berdasarkan penulisan kertas kajian oleh doktor Li Xu yang merawat pekerja lombong pada tahun tersebut, menjelaskan simptom pesakit adalah sama seperti simptom Covid-19 yang dihadapi oleh pesakit pada masa sekarang ini.
Simptom yang ditemui pada pekerja lombong Yunnan 2012:
- Deman kuat
- Batuk kering
- Sakit pada anggota badan
- Sakit kepala
Selain itu, dalam kertas kajian itu juga menjelaskan bagaimana doktor pada waktu itu merawat pesakit dengan menggunakan kaedah pengudaraan (ventilation), penggunaan steroids, blood thinners (menggunakan ubat yang dapat melambatkan pembekuan darah) dan antibiotik.
Kaedah yang digunakan oleh para doktor di China pada waktu itu, sama seperti mana yang dilakukan oleh doktor dan pakar kesihatan di seluruh dunia pada masa ini bagi melawan wabak maut yang bernama Covid-19 ini.
Lombong Mojian Rumah Pertama Covid-19
- Foto – Arkib Wanista
Hasil penyelidikan dan pengumpulan data yang telah ditemui, pakar percaya bahawa ‘rumah pertama’ Covid-19 adalah di dalam lombong Mojian yang terletak di barat daya wilayah Yunnan pada tahun 2012 yang pada awalnya adalah virus biasa yang kemudian berevolusi menjadi Covid-19.
Selain itu, ahli virologi Wuhan Shi Zhengli yang juga dikenali sebagai ‘wanita kelawar’ kerana ketaksubannya terhadap kajian berkaitan dengan kelawar.
- Foto – Trends Wide
Shi pernah memberitahu Scientific American bahawa pekerja ,lombong telah meninggal dunia kerana jangkitan fungus atau kulat.
Menurut Shi lagi lombong tersebut telah menjadi neraka yang mana ia dipenuhi dengan kulat, najis kelawar dan telah menjadi tempat tinggal kelawar guano.
Spekulasi Virus Terlepas Dari Makmal Mungkin Betul
Mungkin ramai yang masih ingat sejak awal penularan Covid-19 pada hujung tahun 2019, banyak spekulasi dan hipotesis telah dirumus di mana virus maut ini sebenarnya mungkin terlepas dari salah satu makmal yang ada di China.
- Foto – Arkib Wanista
Kini spekulasi itu mungkin benar selepas pendedahan penemuan maklumat berdasarkan kertas kajian pada tahun 2012, di mana makmal virologi Wuhan telah mengambil sampel pesakit dan pastinya terdapat kajian serta sampel di ambil di lombong tersebut juga.
Mungkinkah spekulasi ini tepat? Tidak kira apa pun, ini hanyalah hipotesis semata-mata dan kita sendiri harus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.